followers

salji

waktu

bird terbang

Monday, August 29, 2011

IFTAR 27: SOTONG SWEET SOUR


dah nak raya raya ni masak x boleh la susah susah sangat kerana memerlukan masa yang panjang, masa pun sering mencemburu akak kerana kesibukan yang terlampau... x sedar masa terlalu cepat berlalu... bila dah nak hampir raya ni akak mula sibuk menyiapkan tempahan kek.. ada yang sudah bercuti dan nak bawa balik ke kampung..


RESIPI SOTONG SWEET SOUR

10 ekor sotong - dibersihkn sehingga putih
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih - ketuk
5 tangkai cili api - hiris kasar
1 sb sos tomato 
1 sb sos cili 
1 sb sos tiram
1 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 daun limau purut
sedikit minyak menumis
garam gula

panaskan minyak dahulu dan goreng sotong dan ketepikan
dan kemudian tumiskan bawang, serai hingaa wangi.
masukkan ke semua sos, sotong, daun limau purut, cili api, bawang bulat
garam gula. gaul rata. angkat.

CENDEHATI RAYA


pemberian dari seorang kenalan akak.. terimakasih banyak banyak Nini... akak sangat sangat berterimakasih.. sesungguhnya pada hati akak setiap pemberian orang semuanya akak hargai sangat...


bukan sahaja akak yang dapat cendehati.... tapi cendehati kain pelekat ini juga di beri buat Mr Hubby akak...
terimakasih sekali lagi..

IFTAR 26: PAJERI TERUNG


masak ala kadar je ni.. x laratlah nak masak beria sangat di waktu ni...
 alahai.. semakin nak hampir raya semakin bizinya rasa.. kerje kerja mendobi semua masih di lakukan berperingkat peringkat.. x boleh di lakukan sekali gus.. nanti boleh jem akak di buatnya.. hehehe..



RESIPI PAJERI TERUNG

1 batang terung panjang - kelar(x putus)terung untuk beri cepat empuk dan meresap bahannya
1 cawan santan pekat
air jika perlu
2 sb gula marah
2 sm kerisek
garam gula

penumis:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar } tumuk halus
2 ulas bawang putih }
1" halia - hiris panjang
1 sb serbuk kari ayam
1 1/2 sb serbuk kari ikan (sebab masuk udang)
2 sb udang geragau - basuh/toskan
sedikit minyak menumis

panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang geragau. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, terung dan biarkan mendidih.
masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa.
didihkan sehingga terung empuk dan terbit sedikit minyak.
sedia untuk di hidangkan.

Saturday, August 27, 2011

IFTAR 25: MASAK LEMAK KELI SALAI


pebret kami sekeluarga ni...  ikan ni akak hanya salai di dalam kuali .. org malas memang beginilah ye..kekeke... akak ni sebenornya bukanlah rajin bebenor.. masak pun ikut sempat dan main campak2 je.. alahai bila nak update kat sini kadang kadang terlupa apa dia bahan yang akak bubuhkan tadi.. aduyai....


RESIPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI

2 ekor ikan keli dibersihkan dan di salai/ di bakar dalam kuali je dng sedikit minyak/di goreng 1/4 masak je..
10 tangkai cili api *
1 biji bawang merah *   - (*tumbuk)
sedikiy kunyit hidup *
2 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut - koyakkan
2 keping asam keping
1 cawan santan pekat
sedikit air sebagai tambahan - ikut kepekatan
garam

didihkan kesemua di dalam periuk kecuali ikan.
bila mendidih baru masukkan ikan yang di salaikan tadi.
dan masaklah sehingga mendidih dan secukup rasa asam garamnya.
siap

IFTAR 24: AYAM PAPRIK


Kali ni akak memasak pakej ala thai.. iaitu ayam paprik, sayur kailan ikan masin dan ikan sweet sour.. tapi hanya ayam paprik je yang akak sempat ambil gambar. yang hampeh... semua lupa nak snap.. huhuhu.. masakan sebegini kalau masak memang membuka selera berbuka lebih lebih lagi dah penghujung ramadan ni akak rasa keletihan dengan kesibukan membuat persiapan di dalam umah sempena raya. bila keletihan dah menumpang, mulalah selera makan pun kurang.. jadi dengan masakan ni selera akak makan


RESIPI AYAM PAPRIK

500 g ayam di potong kecil kecil
1 in halia - ketuk
1 batang serai -ketuk
1 in lengkuas - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 - 7 cili api ketuk - ketuk/belah 2 x putus
3 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bawang besar Belah 4/6
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
sedikit kicap
garam dan gula
minyak untuk menumis

sayur : (akak bubuh ikut apa yg ada stok peti ais je)
karat
tomato dll

  1. Tumis bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu dan masak hingga separuh masak
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, serai, limau purut dan sedikit air. Masak sehingga ayam masak.
  4. Masukkan cili padi dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga sayur agak layu sedikit dan angkat

Thursday, August 25, 2011

IFTAR 23: ASAM PEDAS DAGING TETAL


pertama kali akak mencuba masakan ni akak jatuh.. ke dalam kuah asam pedas ni.. ek.. ek... jangan salah sangka tau.. sebenarnya dah jatuh "cinta" pada masakan asam pedas daging tetel ni la.. sedappp..


RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETAL

1 kg daging tetel - direbus dalam 2 jam untuk empukkan daging
1 bawang besar *
5-6 bawang putih *
1 in halia *
1 st lada hitam biji *
1 sb ketumbar biji *
1 sb jintan kasar *
1 sb jintan halus *
1 in lengkuas *
2 biji buah keras * 
1 in kunyit hidup * (blend bahan*)
1 sb belacan **
20-30 cili kering ** - direbus dulu dan toskan ( blend bahan ** hingga lumat... isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
8 batang serai - diketuk bagi hancur
2 sb asam jawa - dicampur dengan air
minyak untuk menumis
garam dan gula
6 helai daun limau purut
2 biji tomato - dibelah 6
2 biji terung panjang/bulat - dipotong jgn buang kulitnya
1 sb kerisek

  1. tumis minyak sedikit....agak2 jgn byk sgt...nanti berminyak kuah dia...tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi...bila dah agak kering airnya tumisan tadi...baru masukkan bahan blend **....masak sampai pecah minyak....macam masak asam pedas biasa.....
  2. bila dah pecah minyak...masukkan daging tetel yg telah direbus tadi bersama2 air rebusan daging....sebelum masukkan daging buang dulu minyak2 yg dah beku kat permukaan air rebusan supaya tak berminyak sgt nanti kuahnye....masak sampai kuah didih dan masukkan air asam jawa.....tambah air kalau terasa kurang air.....masak lagi hingga daging betul2 dah lembut...kalau kurang air boleh tambah air lagi...
  3. bila dah empuk daging...masukkan kerisik, buah tomato dan terung. masak hingga terung tadi layu atau bertukar warna ....kemudian masukkan daun limau purut yg dicarik2...garam serta gula.....rasa kuahnya...kalau o.k boleh tutup api.......siap utk dihidangkan.
  4. ( nota: saya suka makan gulai ni dgn ikan masin goreng atau telor masin...memang ngam sgt rasanya....kalau nak makan dgn gulai pisang masak lemak pun sedap....)


Tuesday, August 23, 2011

IFTAR 22: PUDING KEJU



fuuhh..Alhamdulillah syukur.. akhirnya akak sampai je juga iftar ke 22.. habis juga masa mengadap di sini. rasanya x sempat nak mengintai2 blog kawan2 yang lain dah..
puding ni pun akak buat untuk bawa ke surau..


RESIPI PUDING KEJU
Saiz 8" persegi

          13 gm Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400 ml Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50 gm Mentega
  • 1 sd coffee emulco - (yg ni akak tambah)
  • 1 sd serbuk koko - dibancuhkan - (yg ni akak tambah)
CARA2:
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan kemudian titiskan coffee emulco bersama serbuk koko tyang dibancuh tadi ke atas adunan puding ni kemudian lorekkan seperti marble di atasnya.. dan rasanya lebih sedap!
  8. & biarkan sejuk di suhu bilik.
  9. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Yatie pun ikut cara K.Nor.Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain). Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh. 

IFTAR 21: BISKUT BUNGA CINA


tahun lepas akak buat biskut bunga cina ikut resepi k.Nor secubit garam. tapi kali ni akak nak test resepi yang amat simple akak rasa.. iaitu dari kenalan FB Azie Mazidah pula.. inilah hasilnya.. menurut kata Azie biskut ni cair di mulut.. sebenarnya akak pun belum rasa lagi.. biskut ni memang putih melepak nampaknya. a adunan lebih dari sebotol akak dapat ni..


RESIPI BISKUT BUNGA CINA
azie mazidah fb
1 buku butter
1/2 tin susu pekat ( 505 grm bhgi 2)
1 1/2 tin tepung jagung brown & polson ( 600 grm )
vanila..

* pukul butter n susu pekat n vanila - kembang + tepung sikit2 n terap.. siap.. bakar 180' hingga masak

biskut ni wrnanya memang putih cream suci sesuai seperti namanya... dperkaya dgn rasa susu n cair d mulut..



IFTAR 20: CAPPUCINO SESAME CRISP - 2011

  
ni adalah salah satu biskut yang akak belajar tahun ni.. akak ni setiap tahun g belajar untuk biskut terkini.. oleh kerana akak x da acuannya asal jadi akak tukarkan kepada acu yang ni je.. apa papa pun biskut ni wp nampak x menawan tapi rasanya sedap dan rangup.


RESIPI CAPUCINO SESAME CRISP
biskut 2011

A)
250 g mentega
130 g gula caster
2 st cappucino cofee emulco/paste

B)
300 g tepung gandum
40 g tepung ubi
40 g tepung jagung
60 g toasted coconut/kelapa tin - di panggang
60 g bijan - di panggang
1/2 st baking powder

hiasan:
kuning telur
bijan - panggang

satukan bahan A dan putar sebati
masukkan bahan B adun rata
canai dan terap dengan acuan khas
sapu kuning telur dan letakkan bijan ke atasnya
bakar pada suhu 150 C selama 20 minit

IFTAR 19: NASI AYAM PANGGANG MADU


dah jemu makan masakan harian jadi kali ini akak cadang nak tukar selera pulak... jom kita makan nasi ayam.. sedap!!
resipi ada d bawah yee..





RESEPI NASI AYAM PANGGANG MADU



STOK AYAM

ayam di bersih dan potong 4- jangan di buang kulit dan di rebus jangan terlalu lama bersama dengan leher(kerat pendik pendik) dan lemak ayam. masukkan sedikit garam dan bahan perasa jika suka. bila ayam masak angkat dan toskan .ketepikan.


NASI AYAM

6 pot tin susu beras - di bersihkan/toskan
6 ulas bawang putih
5 helai daun pandan
stok ayam secukupnya
garam
bahan perasa - jika suka
sedikit minyak dan planta untuk menumis
1-2 titik pewarna kuning - jika suka

tanak nasi dengan stok ayam secukupnya (jangan banyak air).masaklah dalam rice cooker.
sementara itu panaskan minyak/planta.
tumiskan bawang putih bersama daun pandan hingga berbau wangi dan masukkan garam.
lalu tuangkan kesemua ke dalam nasi, kacau sebati. jika nak bagi nasi warna kuning masukkan bebarapa titis  pewarna kuning tapi jangan banyak sangat! x bubuh pun x pe..no hal..
* ketika menghidang taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng


AYAM PANGGANG MADU

1/2 ekor ayam sederhana besar - di bersihkan dan di rebus untuk mendapatkan stok ayam (rujuk di atas)
2 ulas bawang putih
kicap pekat
sos tiram
sos cili
garam
serbuk perasa - jika suka
madu
sedikit rempah lima (masakan cina untuk nasi ayam dorang masukkan) - xde xpe.

lumurkan ayam yang sudah di toskan satu persatu hingga habis kesemuanya. peraplah ayam lebih kurang 1jam @ lebih. jika lama perap lagi sedap.

sementara itu sediakan loyang untuk membakar ayam.
letakkan aluminium foil ke atas dulang dan sapukan planta hingga rata. tujuan jangan bagi ayam nanti melekat. 
setelah ayam di perap susunkan ayam (jangan di tindih) ke dalam loyang dan tutup semula ayam dengan foil - juga telah di sapu planta (x perlu di kemaskan foil tu- cukup sekadar letak untuk tutupkan ayam saja). 
bakarlah 200'C selama 30 minit.
setelah oven berbunyi keluarkan dan terbalikkan ayam tadi masukkan ayam semula ke dalam oven (x perlu di tutup dengan foil atasnya) 
bakarlah selama 30 minit lagi.
siap proses pembakaran!

*kerat keratkan ayam panggang tadi lalu baringkan pisau dan tekan sedikit ayam itu supaya isinya senang di makan.
siramkan sos kicap ke atas ayam panggang.

SOS KICAP

lebihan sos dari perap ayam tadi di masak dengan bancuhan air tepung jagung jika pekat campur sedikit air.
* sos kicap ni pada siapa yang suka pedas boleh di campurkan cili. jika nak beri anak anak makan sos ni dah sesuai.

SOS CILI

kisar:
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili api (ikut suka banyak mana)
6 ulas bawang putih

cili sos
garam gula
perasa - jika suka
minyak

masak hingga agak kering bahan blend.
masukkan cili sos, garam gula kacau hingga mendidih dan masak hingga hampir pekat.
setelah masak tutup api dan masukkan minyak lalu di kacau hingga sebati.
siap.

SUP KOSONG

lebihan dari stok ayam untuk memasak nasi (jk air kurang tambah air lagi)
sedikit bawang putih - di tumbuk
sup bunjut - jika suka } pilih salah satu
perasa - jika suka      }
garam
daun sup/bawang
bawang goreng
sedikit minyak menumis

panaskan sedikit minyak.
tumiskan bawang putih yang di tumbuk hingga naik bau lalu di tuang ke dalam baki stok ayam untuk nasi tadi..
masak air sup ini hingga mendidih.
sesuaikan rasanya dengan garan dan bahan perasa.
jika terdapat lemak ayam di dalamnya sup bolehlah di buang keluar dari sup ini. (sebaiknya biar kosong kecuali leher ayam sayang nak di buang!)
*ketika menghidang barulah di taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng tadi.


BAHAN SAMPINGAN UNTUK NASI AYAM:

salad/kobis - di hiris halus (akak x letak sebab makan berdua)
timun - di potong serong (akak x letak sebab makan berdua)
tomato - di potong bulat

*** nampak je.. panjang sangat resepi ni tapi sebenarnya senang dan simple je buatnya.. mudah kerana ayam yang di perap campak je dalam oven.. x perlu kita nak kendalikan seperti mengoreng.. dan terpercik sana sini.. ketika ayam dalam oven kita boleh siapkan sup, nasi dan sosnya.. (hanya dengan stok ayam tadi je..)

IFTAR 18: IKAN MASIN NENAS TUMIS LEMAK


masakan ni juga adalah pebret Mr Hubby.. masa di kampung dulu kakaknya ada hidangkan kami masak ni tapi agaknya dia x puas makan jadi dia mintak akak buatkan untuknya.. rupanya yang akak buat lagi sedap! bukan puji diri tapi kenyataan... sebab cukup lemaknya.. lihat gambar tu sampai x nampak semua isiannya..


RESIPI IKAN MASIN NENAS TUMIS LEMAK

2 ekor ikan masin sederhana kecil - dipotong kecil2 dan rendam
1/2 biji nenas - cincang
tumbuk:
5 tangkai cili kering 
1/2 biji bawang besar 
1 biji bawang putih
1 batang serai - dititik

1 st serbuk kunyit
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa  - hati2 sebab dh ada ikan masin
minyak menumis


panaskan sedikit minyak tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
masukkan santan pekat, ikan masin, serbuk kunyit dan garam.
masaklah sehingga mendidih.

IFTAR 18: IKAN TERBUK GORENG aka BAKAR CICAH AIR ASAM


RESIPI IKAN TERUBUK GORENG ala BAKAR CICAH AIR ASAM

ikan terubuk - jangan di buang sisik.
sedikit garam
2-3 sudu minyak

panaskan minyak.
gorengkan ikan dengan sedikit minyak tadi.
kemudian tutupkan kuali. 
sesekali buka tutup untuk membalik balikkan ikan agar masak keseluruhan ikan terubuk itu.

sambil ikan masak bolehlah di buat air asamnya

AIR ASAM

esipi : Ika@Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
4 biji Cili Api ~terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
1 biji Lada Merah Besar
1 ulas Bawang Putih
1 inci Belacan yg di bakar
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos ikan
60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
secubit garam

Bahan Hiris
Sedikit hirisan bwg merah
Sedikit tomato di hiris dadu
Daun ketumbar di hiris halus
1 biji cili di hiris bulat


Kesemua bahan A di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang.


IFTAR 17: TAT GULUNG


biskut tat yang menjadi kegemaran Mr Hubby..

(belum di hias dan dibakar)

RESIPI TAT GULUNG

250 g butter
50 g gula icing
2 biji kuning telur
sedikit vanila
2 sb susu tepung
tepung - uli hingga x melekat di tangan

INTI: 
jem nenas (buat sendiri lagi sedap)

Hiasan:
kuning telur + pewarna yellow lemon

putar butter dan icing sekejab masukkan kuning telur, sebatikan saja.
masukkan tepung. uli sehingga adunan butter x melekat pada tangan
bolehlah di gentel jem seberapa yang boleh.
masukkan adunan ke dalam acuan tat tekan, letakkan jem dan gulung
sapu kuning telur di atas biskut tat
dan bakar 15 - 20 minit 160' C

IFTAR 16: AGAR AGAR SIRAP BANDUNG


puding ni simple tapi amat sedap dan secukup rasa.. kawan kawan pun kata sedap. akak x ingat dari blog mana akak ambil..
akak buat dalam acuan chocolate jadi semua nampak comel2 je tujuannya nak bawa berbuka di surau.



RESIPI AGAR AGAR SIRAP BANDUNG

10 g agar agar serbuk
600 ml air
200 ml susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sb gula
pewarna merah
2 helai daun pandan

didihkan air bersama agar agar serbuk, daun pandan, dan gula.
bila mendidih masukkan susu pekat dan susu cair dan pewarna merah
siap..

IFTAR 15: IKAN REBUS MASAK LEMAK


kalau time malas @ x cukup masa masakan ni memang sesuai sebab ia x di tumbuk hanya hiris hiriskan je.. simple tapi sedap.



RESIPI IKAN REBUS MASAK LEMAK 

3 ekor ikan rebus segar sederhana besar- di bersihkan di bahagian perutnya (biasanya beli yang dah siap bersih perutnya)
1 biji bawang besar - di mayang
10 biji cili api/cili hijau - di belah tengah
2 keping asam keping
2 cawan santan
2 helai daun kunyit - di koyak koyakkan
serbuk kunyit
garam

masukkan semua bahan ke dalam kuali lalu di jerang hingga mendidih.
sentiasa di kacau perlahan takut pecah minyak dan hati hati ikan rebus mudah hancur jk sering di balik balikan.
sedia untuk dihidangkan.

* jika suka bolehlah masukan kobis di potong lebar ke dalam masakan ini. sedap juga tapi kena ingat masukkan asam keping.
* masakan ni sedap masam2 sikit (dari asam keping)

IFTAR 14: DAGING MASAK HITAM BERKERISEK


ni adalah makanan kegemaran akak sekeluarga.. ia x berapa pedas.. terpulanglah pada yang inginkan pedas tambahlah cili lagi yek.. resipi akak tulis mengikut adunan resipi yang ori dari persatuan Perak Chef. 
ok x nak buang masa.. x nak cakap banyak sebab masih banyak lagi gambar akak masih nk upload di sini.. al maklumlah akak ni tertinggal keretapi... kerana kebizian akak yang x dapat di elakkan..


RESIPI DAGING MASAK HITAM BERKERISEK

600g daging - direbus hingga lembut potong 1/2" dan dititik (ketuk) 

bahan yang digoreng dengan minyak. sejukkan dan blend:

8 tangkai cili kering
1 st lada hitam
1 st ketumbar
1/2 st jintan manis
1/2 st jintan putih

bahan yang dikisar kasar:

1" lengkuas
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih

2 batang serai - dititik
1/2 cawan kicap manis - perap bersama daging 30 minit bersama 1 st gula pasir
2 sb kerisek
4 sb minyak tumis

tumis bahan blend, serai titik bersama daging perap.
bila hampir kering masukkan kerisek.
kacau hingga masak

** masakan ini x menggunakan santan dan tahan lama 

PEMBERIAN DARI KAWAN


buah kurma makanan sunah nabi yang mana makan utama untuk berbuka puasa.. akak bukanlah nak cerita fasal buah kurma ni tapi saja akak masukkan gambar di sini kerana buah ini adalah pemberian dari kawan akak. ia beri akak sekotak.. x habis akak makan seorang jadi akak bawa buah ni balik ke kampung.

IFTAR 13: AYAM GRILL n BLACKPEPPER GRAVY


ayam grill akak buat untuk dibawa ke kampung suamiku.. dah jadi kelaziman kami setiap kali berpuasa mesti wajib sekali dalam bulan puasa suami akan ajak berbuka puasa bersama adik beradiknya di kampung halamannya.. akak dah x da sesiapa di kampung jadi akak ikut dan suka je.. nilah rutin tahunan yang suami akak akan buat setiap kali berpuasa sejak dari kami mula berumahtangga lagi. salah satu makan berdamai bersama adikberadik suami


berbalik dengan masakan ayam ni.. memang sedap.. tapi jika ada yang nak mencuba terpulanglah pada citarasa sendiri nak lebihkan black paper @ kurangkannya..


RESIPI AYAM GRILL n BLACKPEPER
myresipi
Bahan-bahan ( 10 orang )


1 ekor ayam,potong kecil2 (supaya rasa perapan dapat dirasa setiap bhg isi ayam)

bahan perapan ayam:

4 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
3 sb balck peper / lada hitam yang ditumbuk kasar
1 sb black pepper / lada hitam blend halus
4 sb sos tiram
5 sb kicap pekat
6 sb madu
1 kiub ayam maggie
1/4 st garam

BAHAN UNTUK BLACK PEPPER GRAVY:

3 cawan air
1/2 tin susu cair
1senduk tepung jagung
2 sb black pepper / lada hitam ditumbuk kasar
1 sb black pepper / lada hitam diblend halus
3 sb madu
1/6 st garam
1 sb butter

Bahan2 optional utk menambahkan lagi rasa:

1/4 capsicum hijau
1/4 capsicum merah
1 labu bawang besar (kuning)

  1. Untuk perapan ayam, tumbuk kasar2 black pepper, diikuti bawang putih, bawang besar.
  2. di dalam periuk, tambahkan blended black pepper, madu, kicap pekat, sos tiram, bahan2 tumbuk (1), garam dan kiub ayam (hancurkan terlebih dahulu). sebelum dimasukkan ayam, RASA dahulu bahan perapan ini. Ubah ikut selera anda. bahan ini penentu sedap atau tidak ayam anda
  3. Perap ayam selama 1 jam (lagi lama lagi best, letak dlm peti sejuk lagi best gak). Sementara menunggu ayam diperap, boleh la teruskan dengan penyediaan black pepper gravy.
  4. Didihkan air bersama susu cair. Kemudian, masukkan black pepper halus dan kasar, madu dan garam. kacau hingga sebati
  5. Imag0110
     Di dalam cawan/ mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air suam (sikit je, sekadar utk melarutkan tepung jagung). kemudian masukkan di dalam periuk (4). kacau sebati.. adjustkan mengikut selera anda.
  6. Imag0109
     Sekiranya mahu lagi pedas, boleh lah ditambah dengan capsicum hijau, merah dan bawang. kacau2 hingga bhn2 ini layu sedikit. Tutup api, dan boleh la tambah butter dan kacau sebati. Fungsi butter adalah utk menaikkan seri gravy agar lebih berkilat.
  7. Panaskan oven selama 10 minit, 180 darjah. Masukkan ayam yg telah diperap. Suhu 180 darjah, 30 minit, api atas bawah. sekiranya anda suka ayam grill yg lembap dan basah sikit, letakkan ayam atas bekas yg dilapik dengan aluminium foil. Sekiranya suka ayam yg garing, letak atas para (supaya air perapan dan air ayam, jatuh atas bekas)
  8. Imag0114
     utk menambahkan lagi nikmat dan kelazatan ayam, bila ayam sudah separuh masak (minit ke 15), buka oven dan lesetkan ayam dengan black pepper gravy. teruskan grill. kemudian, lesetkan lagi gravy di belah belakang ayam (minit ke 20). Tunggu hingga selesai.
  9. Setelah selesai, tuang gravy atas ayam yg telah masak.. mmmmm, tak sabar nya!!!!



IFTAR 12: BISKUT MAZOLA


biskut ni akak buat untuk sendiri je di samping tu akak bawa balik ke kampung.. biskut ni akak kena buat banyak sebab kalau makan tu x ingat ingat nak stop lak.. kalau setakat 1 adunan memang x pues!! (kata org Perak) biskut ni akak buat hampir sekilo kacang. dapat lebih 1 tin besar.. banyak tu..

(belum di bakar)

RESIPI BISKUT MAZOLA
resipi turun menurun

Bahan2:
900 gm kacang tanah- panggang,buang kulit dan dikisar halus
900 gm tpg red rose
600 gm gula icing/gula pasir(blend)
900 ml minyak jagung(anggaran je.. bila dh sebati dan x lekat di tangan kira minyak dah cukup)
6 sm garam halus(mesti di tumbuk lagi yee)
Hiasan:
kuning telur
kacang tanah besar - panggang
Cara;
Ayakl tpg dan satukan dgn serbuk kacang tanah dan gula.
masukkan minyak sikit sikit hingga tepung boleh dibentuk
kepal bulat bulat dan leperkan sedikit
sapukan kuning telur dan hias sebelah kacang.

** biskut mazola ni akan naik jadi jangan buat besar nanti tercekik makannya.. hehehe. sebenarnya kalau besar jadi x cantik ler..
** biskut ni nak tau rasa manis masinnya hendaklah di buat waktu bersahur @ malam barulah boleh adjust garamnya.. sebab biskut ni mesti ada lemak manis masinnya secukup rasa. lepas bersahur barulah di adunkan bulat bulat..

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...