followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, January 31, 2012

ATVT KELAS - PUTERI AYU CERIA


cantik x puteri ayu ni... ini adalah kuih hasil dari air tangan akak berkongsi dengan grop JW... suka benor kawan akak dapat belajar buat PUTERI AYU CERIA dan .. siap ada kata kalau buat hantaran ni cantiklah... rasa pun sedap.. biar sampai ke malam pun masih lembut lagi...


KUIH PUTERI AYU CERIA

Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji


Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

nota dapur mamasya
utk dptkan warna-warni bahagikan adunan kpd 3 warna, tuangkan setiap adunan berwarna sebelah menyebelah dlm acuan cepat-cepat agar setiap warna muat di bahagian atasnya. Barulah dikukus.
kelapa muda ni guna decicated coconut-campurkan dgn sedikit air suam,kacau dan masukkan dlm microwave

Monday, January 30, 2012

ATVT KELAS JW - APAM KUKUS MEKAR COLA


tengoklah apam akak ni.. macam x puas hati je akak lihat.. sengih sikit je... tapi ape pun senyumannya... apam ni memang best.. sedap!! masa akak beli majalah SEDAP x teringin nk buat tapi terlihat je kat blog ita ni terus teruja.. akak kena ambil semangat kat oranglainlah nampaknya...
sebenarnya inilah resepi yang akak kongsikan bersama rakan kat kelas JW... (malu nk cakap sebab jadi cikgu x bertauliah.. ahaks... hehehe..!!) semuanya JW suka sangat dengan apam ni. akak kongsikan 2 resepi sebenarnya, tungguuuuuuu....

APAM KUKUS MEKAR COLA
Sumber : Majalah SEDAP
Suntingan : Azlita Masam Manis

2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula pasir
50 gm gula merah - ita guna gula perang
1/2 sudu makan ovalete
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
225 ml coco-cola
50 gm coklat cip - ita lebihkan sebab 50 gm ni macam sikit sangat


Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10 minit. (dia mmg akan kaku tau! lagi pekat dari yg selalu kita buat kek chiffon yg pukul sampai jadi bertanduk tu)
Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan serbuk penaik yg di ayak berselang seli dgn minuman coca - cola. (bukan sambil tuang sambil minum ye!...) sambil dipukul perlahan.
Masukkan coklat cip dan kacau rata guna spatula.
Sudukan adunan ke dalam papercup dan masukkan dalam acuan apam yg berlobang2 (boleh tengok gambar)
Sediakan kukusan. Buka api kuat. Biar air kukusan mendidih. 
Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit dgn api besar sehingga masak.

apam ni dapat banyak so boleh buat separuh adunan jika keluarga tak ramai....
Tolong jarakkan setiap apam semasa mengukus kerana takut bila mekar ia akan melekat2 pulak antara satu dgn yg lain

Sunday, January 29, 2012

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT


Tengahari ni akak masak ikan siakap yang telah di pofularkan oleh k.Nor secubit garam... pertama kali buat ni.. tapi akak buat guna ikan siakap terus jatuh terduduk kat kusi...  melekat kat kusi hingga kenyang perut akak..! sedapppppp..!! patutlah k.Nor banyak kali buat...

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Bahan:
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia (akak guna ikan siakap)
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Saturday, January 28, 2012

HusnaLilShop GiveAway

 Jom kita join HusnaLilShop Giveaway!! tujuannya buat giveaway ringkas untuk semua blogger untuk memperkenalkan serta mempromosikan blogshop HusnaLilShop

Untuk turut serta sili klik banner di atas atau SINI sahaja!!
Tahniah dan semoga berjaya..

SAMBAL TEMPOYAK MENTAH


jom kita makan sambal tempoyak... sedap ni weh...


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK MENTAH

secubit ikan bilis
1 biji cili cerah
6-8 biji cili api
sedikit garam
gula - jika tempoyak rasa masam
2 sb tempoyak baru

tumbuk cili garam gula hingga lumat.
masukkan ikan bilis dan tumbuk separa lumat dan gaulkan dengan tempoyak.
makan dan cicah bersama ulam ulaman.

SAMBAL IKAN BILIS PETAI


Akak suka makan sambal petai ni tapi badan akak ni sebenarnya x boleh terima.. 3 hari lepas ni mesti sakit kepala @ badan naik angin... tapi nk buat camne.. akak dah sukakan.. bedal jugaklah...


RESIPI SAMBAL IKAN BILIS PETAI

segenggam ikan bilis - dibersihkan / tumbuk sikit (x tumbuk x pe)
15 tangkai cili kering }
2 biji bawang besar   } tumbuk
2 ulas bawang putih   }
2 papan isi petai
cili sos/ tomato sos
sedikit belacan
sedikit air asam jawa
garam gula
sedikit minyak

panaskan minyak goreng sekejab ikan bilis dan ketepikan
tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan sedikit belacan.
masukkam air asam jawa, sos, ikan bilis, isi petai gaul rata.
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
biarkan ia terbit minyak dan tutup api.


Friday, January 27, 2012

LAKSA JOHOR



cuti cuti ni akak buat laksa johor yang sedap ni... akak memang selalu makan tapi belum pernah memasak di dapur moh weh ke dapur akak lagi... inilah pestime akak buat sendiri...  memang x rugi mencuba.. memang "kaw" dan sedap sama seperti yang pernah akak rasa dulu...

LAKSA JOHOR

Resepinya dari koleksi lama kak rus 
800 gm spaghetti direbus - akak rebus sekampit je 500g
500 gm isi ikan dan air rebusannya

Bahan kisar
10-12 tangkai cili kering yang digunting dan direndam air panas
2 labu bawang besar dibelah-belah
5 ulas bawang putih
3-4 batang serai dihiris halus
2 sb udang kering dibasuh dan direndam
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan

sedikit ikan masin kurau - akak tambah 3/4 sb jintan manis
3/4 sb jintan putih
3/4 sb lada hitam
1 sb biji ketumbar
sedikit air

Bahan lain
5 keping asam gelugor
daun kesom
bunga kantan
Santan secukupnya
garam
sedikit minyak untuk tumisan

Bahan hiasan
Timun
Taugeh dibuang ekor
Cili merah
Cili burung
Daun selasih
Daun pudina
Bawang besar dihiris nipis
Limau kasturi
Bunga kantan dihiris halus
Telur rebus (kak rus tambah) - akak x letak


Tumis bahan kisar hingga naik baunya.Masukkan air rebusan ikan,isi ikan,asam keping,daun selasih,daun kesum,bunga kantan dan biarkan mendidih.Akhir sekali masukkan secukupnya santan....renehkan kuah ini dengan api kecil.

Sedap dihidangkan dengan spaghetti dan hiasannya tadi dan lebih enak kalau ada sambal belacan. 
spagetti

LOGO HALAL

tanda HALAL JAKIM yang disahkan


tulisan huruf 'ha' nya tertutup dan ada perkataan malaysia dlm tulisan jawi dibawah..bukn malaysia dlm rumi


tanda halal yang tidak disahkan.. pastikan product yang dipilih adalah benar benar halal


Wednesday, January 25, 2012

MASAK LEMAK LALA CILI API DAUN LIMAU PURUT


dah lama benar x masak lala macam ni... kalau ada pegaga pun sedap masukkan sekali ke dalam masakkan lala ni...



RESIPI MASAK LEMAK LALA CILI API DAUN LIMAU PURUT

1 ekor lala dan bersihkan
1 biji bawang merah }
10-15 biji cili api            } tumbuk lumat
sedikit kunyit hidup   }
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 st serbuk kunyit
sedikit kunyit hidup - tumbuk
garam secukup rasa
2 keping asam keping
1 batang serai - ketuk                                                                           
2-4 helai daun limau purut

masukkan santan ke dalam periuk, di ikuti semua bahan kemudian masakkan dengan api sederhana sebentar, dan masukkan lala. kacau perlahan lahan serta balikkan lala perlahan lahan ia sehingga betul betul mendidih.
sedia untuk di hidangkan.


Sunday, January 22, 2012

AYAM KASHMIR


 sapa belum cuba masakan ni... ermmm.. sedap punya...! sebenarnya akak pun dah x boleh tahan nafsu melihat rakan rakan blogger yang lain ramai yang telah mencubanya... hehehe... memang x rugi mencubanya masakan ni... terima kasih DJ.. akak ni memang x pernah mis membeli majalah Rasa tapi hanya dok simpan sebagai koleksi je... x macam DJ ni semuanya rajin dan suka mencuba...

RESIPI AYAM KASHMIR
DJ
sumber : majalah Rasa, Januari 2011

Bahan-Bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)
Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari
Bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)
Air secukupnya


Cara-Cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

ATVT KELAS JW - ROJAK BUAH


rojak buah ni adalah hasil dari kelas JW yang di kongsikan oleh puan Zaitun U8


RESIPI SOS ROJAK
JW

1 botol kicap manis kipas udang
1 botol sos cili
1/2 botol otak udang
1/2 kg gula pasir
1/2 cawan gula merah
1 keping kecil belacan
1 cawan kacang tanah
1/3 cawan bijan
10 biji cili kering
2 ulas bawang putih
sedikit air asan jawa
sedikit serbuk cili

bahan tabur:
bijan - sangai
kacang tanah - sangai / tumbuk kasar

cili kering, belacan, bawang putih kisar sampai hancur.
kemudian masukkan kicap, sos cili, otak udang, gula pasir, gula merah dan air asam jawa.
kacau sebati dan masak sehingga pekat. siap.
tabur bijan dan kacang tanah di goreng(tumbuk)

* buah buahan ikut selera masing masing seperti jambu batu, nenas, ambra, timun, betik mengkal.

GONG XI FA CAI

Gong Xi Fa Cai

tahun naga jenis air...
happy chinese new year.

esok masih lagi bercuti di seluruh negara. kepada yang balik ke kampung harap harap berhati hatilah di jalan raya..

Friday, January 20, 2012

DAGING GORENG HITAM MANIS BERPRUN


hari ni lewat bersiaran... gara gara kerja rumah yang memenatkan.. al maklumlah x lama lagi public holiday jadi anak anak pun akan balik berkumpul di rumah... tugas pun akan mula berganda... selalunya kami berdua je.. x banyak kerenah... 
hari ni akak masak daging campur prun. resepi dari Perak Chef.. tapi akak lupa pulak nama chef tu.. masakan ni memang sedap.. dan ada kelainan rasa sebab ada campuran bau daun kari amat berbeza rasa dengan masakan daging masak hitam yang biasa tu.. bahan pun ada perbezaannya.. 
jom kita lihat bahan bahannya....


 RESIPI DAGING GORENG HITAM MANIS BERPRUN

1 kg daging - potong nipis, bersihkan & toskan

bahan kisar:
100g buah prun (buang biji) - kisar halus
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia

1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan minyak sapi
3 tangkai daun kari
5 cm kulit kayu manis
5 sb cili kisar
1 sb serbuk jintan manis
1 mangkuk air
1/4 cawan kicap pekat
1/2 cawan air asam jawa
5 sb gula
5 labu bawang besar - poyong bulat
garam secukup rasa
2 sb kacang peas


panaskan serentak minyak masak bersama minyak sapi.
tumiskan bawang kisar hingga wangi. setelah itu masukkan prun kisar. gaul rata,
masukkan daun kari bersama kulit kayu manis. masak hingga naik bau.
kemudian masukkan cili kisar bersama serbuk jintan manis. kacau hingga terbit minyak.
bila hampir kering sedikit masukkan air (sedikit sedikit).
masukkan pula daging, kicap pekat dan air asam jawa serta gula.
masaklah sehingga daging empuk.
bila agak pekat masukkan bawang besar yang di potong bulat, garam secukup rasa.
akhir sekali masukkan kacang peas. gaul rata.
tutup api. sedia untuk di hidangkan.

Thursday, January 19, 2012

ATVT KELAS JW - AYAM KATIK SOS BERLADA


resepi ni akak dapat dari kelas Jiran Wanita tapi masa sesi demo masakan akak x dapat hadir kerana g ke Penang berjumpa dengan anak di sana. kawan kawan ada yang cakap resepi ayam ni sedap. oleh kerana akak dah dapat resepinya jadi akak pun teruja sangat untuk mencuba masakan ni... kebetulan pula emak saudara ada memberikan akak seekor ayam katik yang comel tu sudah siap di sembelih dan bersihkan jadi akak pun x sabarlah nak mencuba masakan ni... fuhh.. memang sedap.. masakan mudah dan simple je.. rasanya kalau tgh di serang virus M pun memang boleh buat ni...
resepi ni telah di kongsikan oleh puan Sharifah Hajar Syed Hassan U33.. ape ape pun terima kasihlah pada kak Pah yang sudi berkongsi dengan JW masakan yang sedap ni.. kalau nak tau kak Pah ni pakar membuat Sup Langkawi yang pernah akak letakkan resepinya di sini.. panggilan cik Joi tu adalah suami dia.. suami isteri berasal dari kedah.
kalau nak tau mr hubby dan anak pun dah request lagi masakan ayam sos berlada ni.. sebb dorang x puas makan dengan ayam katik.. dapat sikit je.. sekali makan je dah habis..


tapi oleh kerana akak masak dengan ayam katik yang kecil ni.. jadi akak terpaksa merebusnya di dalam periuk pressure cooker dengan agak lama juga.. maklumlah kecil kecil pun ayam ni.. isinya liat cam ayam kampung.. jantan tua pulak tu.. huhuhu


RESIPI AYAM KATIK SOS BERLADA
k.Pah JW

1 ekor ayam katik (potong kecil) - rebus hingga lembut
1/3 cawan sos lada hitam
1/3 cawan sos tiram
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili besar - (x de stok) akak guna cili api - belah
sedikit bawang putih - kisar
sedikit halia - kisar
sedikit minyak menumis

ayam di potong dan di bersihkan lalu di toskan
panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan ayam dan sos tiram dan sos lada hitam.
biarkan setika sehingga mendidih dan cukup masak ayam tadi.
masukkan bawang besar serta cili besar.
balik balikkan semuanya. tutup api.
sedia untuk di hidangkan

Wednesday, January 18, 2012

MEE GORENG LEMBAP


asalnya beli mee nk buat jenis berkuah... tut.. tut.. ada bahan yang terlupa beli jadilah mee ni.. hehehe
wowww.. nampak gelap je mee akak ni.. tapi sebenarnya mee gelap gelap nilah yang akak suka sekali.. orang kata hitam itu menawan.. akak x berapa suka makan mee goreng yang pudar pudar warnanya..



RESIPI MEE GORENG LEMBAP


1 bungkus mee kuning
2 biji bawang besar - blend
2 ulas bawang putih - blend
2 sd serbuk cili
2 senduk kecil cili sos
3 senduk kecil kicap mee
sedikit kobis
sedikit brokoli
1/2 ketul kiub sup bunjut
garam secukup rasa
stok ayam secukupnya (bersama ketulan ayam yang di potong kiub)
10 ekor udang sederhana besar
sedikit daun bawang
minyak untuk menumis

panaskan minyak.
tumiskan bahan blend hingga wangi dan masukkan serbuk cili. kacau7 hgga garing.
masukkan stok ayam bersama ketulan ayam (stok ikut suka nak lembab mana mee nanti)
masukkan sos, kicap mee dan udang serta 1/2 kiub sup bunjut. biarkan mendidih sekejab.
masukkan sayur dan mee kuning. gaul rata. (jika nak lembab boleh tambah lagi stok ayam)
rasa garamnya dan angkat.
hidangkan bersama daun bawang.

Tuesday, January 17, 2012

AGAR-AGAR ROTI BUTTERSCOTCH


agar agar roti ni sedap sebab ia menggunakan roti gardenia butterscoth tu.. roti ni kalau makan begitu saja pun dah sememangnya sedapkan... dibuat lak puding lagi le sedap!!

AGAR-AGAR ROTI BUTTERSCOTCH

myr

Bahan-bahan ( 1 loyang 23cm )

BAHAN A:
1. 6 keping roti gardenia butterscotch
2. 400ml susu penuh krim dutch lady
3. 1 biji telur
4. 1 sudu kecil esen vanilla.
BAHAN B:
1. 20g agar-agar tali(dirndam skejap dan ditoskan)
2. 6 cawan air
3. 160g gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
4. 3 sudu besar susu pekat
BAHAN HIASAN:
3 jenis pewarna
coklat rice secukupnye (akak x letak)


satukan semua bahan A.. biarkan seketika sampai roti kembang.. kemudian blend bahan A hingga halus.. ketepikan..
masak bahan B.. masukkan air dan agar-agr dahulu masak hinnga agar-agar cair kemudian bru masukkan gula.. kacau smpai gula sebati..
kemudian masukkan bahan A.kacau shinnga mendidih dan trus pdmkan api..
bhagikan puding kpd 3 bhagian.. wrna kan stiap bhgian dgn warna kegemaran anda.. kemudian masukkan dlm loyang selang seli.. akhir skali tburkan coklat rice diatasnye.. sjukkan dlm peti sejuk dan leh lah dipotong.. sdp dimkn sjuk2.

CEMPEDAK GORENG


jom kita makan cempedak goreng pagi ni... kalau ada yang kempunan minta maaf la ye...
sebenarnya akak beli cempedak ni semasa EXPO Peladang Peringkat Kebangsaan kat Parit Buntar yang berakhir semalam. memang  x bercadang pun nak membeli ape pun hanya nak cari buah buah je.. dapatlah cempedak ni dengan hage RM2.00 sekilo.. biasanya cempedak sekarang ni mahal hingga RM4.00 lebih..


RESIPI CEMPEDAK GORENG

isi cempedak
sedikit tepung gandum
sedikit tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit air
1-2 sd minyak panas

minyak untuk mengoreng

bancuhkan semua adunan dengan sedikit air. 
panaskan sedikit minyak dan tuangkan 1-2 sd minyak panas ke dalam adunan batter. 
gaulkan cempedak.
gorenglah ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
angkat dan toskan.

Monday, January 16, 2012

KALIO SAYUR


masak sayur kobis ni kerana nak habiskan stok..  hari ni akak nk masak menu ulang tayang iaitu kalio sayur yang pernah akak masak dulu.. sayur ni adalah masakan mamak penang. kepada sesiapa yang sukakan masakan mamak bolehlah mencuba masakan ni...

 RESIPI KALIO SAYUR

A) bahan tumis:
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia

B)
1 st serbuk kunyit       }
1 sm rempah kurma    } dibancuh dengan sedikit air
1 st serbuk lada sulah }
1oog hati ayam + pedal - dipotong kecil
garam secukupnya
1 cawan air

C)
500g kobis - dihirs
1 labu bawang besar - dimayang
2 tangkai sili merah - dihiris serong
1/4 cawan santan - jika suka




panaskan minyak lalu tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar.
kemudian masukkan bahan B.
masak hingga pecah minyak lalu masukkan hati/pedal, air garam.
setelah hati masak barulah dimasukkan ke semua bahan C.
masaklah hingga kering.

IKAN BERSOS SAMBAL BELACAN


ini rasanya ini menu orang malas dan simple... xtaulah nak kata 3 rasa pun bukan.. sweet sour pun bukan.. tapi seakan gabungan gitu... yang pasti x tau nk panggil ape sebenarnya. 


RESEPI IKAN BERSOS SAMBAL BELACAN

1 ekor ikan bawal emas(ikan lain2 pun boleh) - goreng dan ketepikan
2 sudu sambal belacan
1 sk serbuk cili
1/2 biji bawang - potong kiub
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji tomato - potong kiub
sedikit sos tiram
1 sd sos tomato
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak tumis

panaskan minyak. tumis bawang hingga wangi dan masukkan sambal belacan.
kemudian masukkan sos serta tomato kiub. gaul ke semuanya.
lalu masukkan sedikit gula dan garam.
sediakan ikan di dalam pinggan dan tuangkan bahan tumisan tadi ke atas ikan hingga rata

Friday, January 13, 2012

NASI CARR0T MUDAH


Nasi Carrot Mudah bersama Ayam Madu dan coleslaw

kalau hari jumaat je akak suka buat masakan nasi ayam ke.. nasi minyak ke.. x kiralah.. asalkan nasi tu ada rasanya... sebab apa? sebab utamanya setiap kali jumaat suami akak akan balik selepas sembahyang jumaat..  kami akan makan bersama.. jadi pada hari yang penuh barakah inilah akak suka nak sajikan dia lebih dari biasa...
kali akak hidangkan dengan nasi karat yang mudah... nasi ni akak gadingkan bersama ayam madu dan coleslaw.. kesemua set resepi ni dah pun akak masukkan ke blog akak ni..


NASI CARROT MUDAH

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmati - akak guna beras biasa je..
6 cawan air (guna cawan sukatan yang sama dengan cawan sukatan beras)
3 sudu besar minyak
4-5 ulas bawang putih
10 biji buah pelaga (cardamom)
1 batang kayu manis
2 biji carrot yang dipotong sebesar batang mancis.
1 kiub ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin powder)
Pewarna kuning yang dibenarkan :)
Garam secukupnya


Bersihkan beras basmati. Toskan airnya.
Masak air yang telah disukat dalam periuk dengan menggunakan api yang besar. Tutupkan. Dalam periuk lain,panaskan minyak. Pastikan periuk yang digunakan sesuai untuk sukatan beras.
Sementara tunggu minyak panas, tumbuk bawang putih hingga lumat. Kemudian masukkan buah pelaga dan tumbuk hingga buah pelaga pecah.
Tumis bawang putih+buah pelaga. Masukkan kayu manis dan serbuk jintan putih (cumin). Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan kiub ayam dan garam.
Masukkan beras yang telah ditos airnya dan masukkan carrot. Kacau sedikit. Kuatkan api masakan.
Pastikan air yang dimasak tadi mendidih dan masukkan air mendidih ini ke dalam periuk berisi beras tadi. Pastikan air yang dimasukkan itu terus mendidih apabila dimasukkan ke dalam periuk beras (sebab tu kena kuatkan api dalam step 5).
Tutup periuk dan biarkan sekejap. Kemudian, bolehlah perlahankan api sedikit. Bila air sudah agak kering, titiskan sedikit pewarna kuning disatu bahagian nasi. Biarkan hingga nasi betul-betul kering, barulah balik-balikan nasi tadi. Tutup api bila nasi sudah masak.
Kini, nasi sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba :)

AYAM MADU


ayam ni akak masak untuk di makan bersama nasi karat mudah.. nampak warnanya seperti masakan ayam masak merah je kannn... tapi sebenarnya bukan.. ayam madu ni menggunakan ramuan serbuk kari dan madu... ada kelainan rasanya dan ternyata sedap serta memikat selera kami berdua.. jika ada yang ingin kelainan.. cubalah ayam madu ni... pastinya sedapppp...


AYAM MADU

Bahan-bahan ( 3 orang )

2 chicken leg quarters (potong, dapat 2 drumsticks, 2 thigh, gorengkan. Tak perlu letak garam & kunyit.)
3-4 biji buah pelaga hindi
2 kuntum bunga lawang
1/2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk cili/cili boh
5 sudu makan madu
garam secukup rasa
sedikit air dan minyak untuk menumis


Cara-cara

Kisar bahan bertanda * sampai hancur
Panaskan kuali dan minyak. Tumiskan bahan yang di kisar, buah pelaga dan bunga lawang sampai terbit bau.
Masuk serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi.
Masukkan madu. Biarkan.
Masuk air dan biarkan kuah menjadi pekat. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan dan tambah garam secukupnya. Kalau kurang manis boleh campur sedikit gula atau tambah madu lagi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...