followers

salji

waktu

bird terbang

Tuesday, May 28, 2013

SOTONG CILI API DAUN LIMAU PURUT


masakan ni memang best tau... akak syorkan wajib cuba resepi ni... ikut resepi asal ia lembab sikit tapi akak ni suka masak kering kering sikit... pada mulanya mr hubby takut nak cuba sebab ia kata nampak cam pedas...(dia x suka pedas sangat sebenarnya..). akak kata cubalah dulu... ternyata x menyesal untuk mencuba... hehehe... akan datang nampaknya masuk siaran ulanganlah nampaknya... sure punya...!

SOTONG CILI API DAUN LIMAU PURUT
Resepi : SAMBAL HIJAU FB - Deliaa Afnita
dari: nshafea

Bahan2 nya:

Sotong 1/2 kilo
Cili api 10 tangkai - Sy kurangkan 5 biji
Lada hijau besar 3 tangkai
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 2 ulas
Asam keping 1 keping,
Serai 2 btg - 1 btg blend dan1 btg serai dititik
Daun limau purut 4 helai - 2 blend 2 koyakkan
Kunyit,
halia 1 inci
Garam, gula,
serbuk pati ayam
Belacan 1 inci

Caranya:

Sotong di bersihkan, toskan
Bawang, halia, kunyit, serai, daun limau, cili api, lada besar di bland, tumis, masukkan asam keping, belacan...tggu sampai wangi...masukkan garam, gula, perasa....tggu lg sampai btul2 kering...baru masukkan sotong....dah siap..tumis sampai btul2 kering, sb sotong tu keluarkan air....
resepi ni sungguh wangi..sb ada serai,daun limau purut...plus2 belacan....

Monday, May 27, 2013

DAGING RENDANG ANAK MAMI


setelah membelek belek majalah terjumpalah resepi yang memikat selera akak... resepi dari chef Amer Hamzah kalau x silap.. waaa... memang memikat selera akak...  nanti mr suami mesti suka dengan rasanya.. ala ala anak mami ni... yuk.. kita ke dapur...

DAGING RENDANG ANAK MAMI
Saji 4/12


500 g daging - rebus hingga 2/3 empuk
1 set rempah tumis
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
1 batang serai - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris nipis
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
2 sb  cili kisar
2 sb rempah kari daging
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih 
1 bijitomato
2 sb kicap manis
garam dan gula secukup rasa
100 ml stok daging
125 ml santan pekat

panaskan minyak, tumis rempah tumis dan kacau sebentar
masukkan bawanghiris, kacau hingga layu
masukkan semua dedaun dan serai, kacau sebentar
masukkan bahan kisar dan kacau hingga agak garing
masukkan cili kisar, campuran rempah kari dan kacau rata
masukkan tomato, daging, kicap, gula dan air stok. didihkan hingga empuk.
masukkan santan dan biarkan ia mendidih selama 10 minit
angkat dan hidangkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng

Sunday, May 26, 2013

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES


dengan rasa bangga dan gembira rasa hati dapat menyediakan Hokkaido CC yang gebu ni tanpa kecut mecut... hehehe.. masuk bakul angkat sendiri nampak tuan umah ni... hahaha... korang x perlu nak puji pun... tapi sapa x yang tersenyum kalau buat je terus gebu gebas camni... semasa buat hati rasa dup dap dup dap juga... maklumlah takut CC mendap!
best pulak buat CC ni... rasa teruja nak membuatnya lagi...
selama seminggu lebih tenet dan tepon di tempat akak ni ada masalah x de line langsung..sehinggakan terpaksa buat aduan kerosakan sebanyak 5X! jadi untuk mengelakkan rasa bosan yang teramat sangat x dapat melayari blog dan fb.. habis semua majalah akak selongkar.. akak luangkan masa mengadap majalah masakan yang suami tersayang akak belikan untuk akak setiap bulan... sebenarnya selama ni akak x habis khatam pun.. ekekeke... (jangan marah ye mr hubby..)

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
Cida de'nuanza
aroma 5/2013

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah (aku guna serbuk vanila)

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
(aku kacau atas api je...cuma kena kecilkan api, kalo x cepat hangus)

AYAM SOS SIAM


walla... sedap bebenor ayam ni.... oleh kerana seminggu lebih akak x online kerana kerosakkan dari pihak telekom sendiri... otak akak jadi blur sangat kerana x dapat info dan inspirasi masakan... terpaksalah mentelaah buku untuk khatamkan satu persatu.. huhuhu... sekarang ni jika beli majalah pun sama juga seperti kita melayari intenet sebab jiran jiran blog masakan juga ramai di buku buku masakan.. dapat juga melepas rindu selama tidak mengadap blog... mujur mr suami x jemu jemu menghadiahkan setiap bulan... mekaseh mr suami ku... harap harap x jemu membelinya... nanti tolong belikan rak buku yang tinggi tu ye.. sebab dah x de tempat nak susun semua majalah ni... hehehe

AYAM SOS SIAM
Resipi: Ummi Zaihadi
ambil dari Aroma 5/2013 Che Ct

Bahan-bahan :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai * (CT letak 20 tangkai)
4 ulas bawang putih * ( CT blend jer :)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili (CT lebihkan 3 sudu besar)
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang lah) - CT letak daun limau purut 3 helai, buang urat tengah.
sedikit gula (optional)
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit
(Bahan bertanda* ditumbuk halus)

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (kak ummi tak letak garam, cukup dari yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) - CT juga tak letak.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!

PUCUK LABU MASAK LEMAK TEMPOYAK SEMPOI


gara gara teringin kerana dah lama x merasa masak lemak daun kayu tempoyak.. masak kali ni serba serbi x cukup bahan... tapi tetap juga teringin nak buat..!hehehe.. maklumlah dah lama x buat... lidahku dah kecur... tercari cari kat pasar segala daun kayu untuk buat masakan ni tapi malang.. hanya jumpa pucuk labu je... tapi tetap ku rembat!

PUCUK LABU MASAK LEMAK TEMPOYAK SEMPOI


Bahan-bahan ( 3- 4 orang )

Seikat pucuk labu - dipotong dan celur
Ikan rebus seekor - ditumbuk
Bawang putih      }
bawang merah     } ditumbuk
cili api                }
sedikit ikan bilis }
serbuk kunyit
 2 sd tempoyak
serai - titik
Santan - 1 kotak
Garam- sesedap rasa

Cara-cara

 Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih.
 Masukkan bawang yang telah ditumbuk ikan bilis serbuk kunyit dan serai ke dalam periuk
 Kemudian masukkan tempoyak ke dalam masakan tadi
 Pucuk labu boleh masukkan kemudiannya. Perasakan dengan garam sesedap-sedap rasa
 Siap untuk menjamu selera

KARI IKAN SELAR PAPAN


agak lama juga x beli ikan selar papan ni... jom kita masak kari.. yuk...

Resepi Kari Ikan

Bahan-bahan:
2 ekor ikan selar papan
1 cawan Santan secawan
3 sb Rempah ikan
1 sb Serbuk
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 " halia *
1 biji tomato dipotong 4
Daun kari
sedikit air asam jawa

 - Bahan betanda * dimesin halus
 - serbuk kari dan serbuk cili digaul sebati dengan sedikit air

Cara-cara

panaskan sedikit minyak dalam periuk...masukkan daun kari...tumis bahan tumbuk sampai kekuningan...
biar seketika sampai naik baunya

Masukkan campuran serbuk kari. masak sampai naik minyak.

Bila serbuk kari dah masak masukkan air asam jawa, baru masukkan santan dan ikan. masukan tomato masaklah sehingga benar benar mendidih

Friday, May 24, 2013

CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS



alahai... kembongnya x secantik cucur kembong Kak Noor, Kak Rose dan MaDiHaA...  akak ngakulah akak buat secara tergesa gesa.. langsung x cermat.. inilah hasilnya cucur yang seadanya.. ekekeke... x pe la... redho je la... asalkan masih ada kerajinan juga nak cuba wp x berapa sempurna.. (ayat menjaga hati sendiri.. hehehe)

CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS
Resepi : Kak Noor@Sajian Dapur Bonda
Sumber : Kak Rose & MaDiHaA 

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder ~ MaDiHaA pun ikut sama Kak Rose)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

 Cara-cara menyediakannya:

1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

Thursday, May 23, 2013

NASI AYAM BERMADU SEDAP


teringin pulak nak buat nasi ayam... sebab anak seorang sedang cuti sem dan seorang dah habis diploma.. Alhamdulillah.. sedang tunggu untuk masuk deegree sekarang dapat kerja sebagai technician di sebuah hotel berhampiran dengan umah. seronok juga rasanya bila anak anak dekat dengan kita... hati mama pun sukalah nak buat itu ini tapi sayang.. bila anak anak dah besar panjang dorang agak kurang nak makan cake n pastry ni.. kuih jauh sekali... kadang kadang makan nasi pun sehari sekali jer.. huhuhu...
kalau mama buat macam macam habis sapa yang nak tolong habiskan wahai anakku...

NASI AYAM BERMADU SEDAP

Resepi Nasi Ayam Madu

4 cawan beras siam / basmathi (lagi bagus)
1 ekor ayam (dipotong 2 @ 4) – asingkan kepak, leher dan kaki untuk sup.
1 kiub ayam
1 ½ inci halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
4 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan
air secukupnya
sedikit garam
1 sudu besar penuh mentega/marjerin
kulit kayu manis
daun pandan

Cara penyediaan:

1. Tumbuk garam,halia dan bawang putih  hingga hancur kemudian lumur pada ayam. Perap sebentar.
2. Sediakan kukusan yang berisi air. Sebelum mengukus boleh masukkan kepak, kaki, leher ayam dan kiub ayam pada air kukusan tadi. Kemudian kukuslah ayam yang telah diperap dengan halia, bawang putih dan garam sehingga 3/4 masak.
3. Ayam yang telah di kukus tadi diangkat dan kemudian diperap seketika dengan kicap manis, sos tiram, madu dan minyak bijan. Sementara ayam di perap dengan madu tadi bolehlah sediakan nasi ayam.
4. Untuk nasi:
 panaskan mentega/ marjerin kemudian tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan beras yang telah dicuci kedalam tumisan tadi. Goreng seketika.
5. Masukkan air kukusan ayam tadi bersama daun pandan dan sedikit garam pada beras yang telah digoreng tadi…. jumlah air bergantung pada beras yang anda gunakan. Masak nasi lah seperti biasa.
6. Tinggalkan sedikit air kukusan ayam tadi untuk sup.
7. Ayam yang telah diperap bersama madu, kicap, sos tiram dan minyak bijan tadi bolehlah di bakar dalam oven. Atau boleh juga di goreng dengan minyak penuh. Pastikan semasa membakar atau menggoreng janganlah terlalu lama kerana ayam tersebut sudah dikukus….
8. Angkat ayam yang telah digoreng atau dibakar tadi, kemudian bolehlah dipotong2 dan dihidangkan dengan salad, tomato, timun, sup, sos kicap dan sos lada.

~~Untuk Sos kicap:

kicap manis
sos tiram
minyak bijan
sedikit sup
* Satukan bahan diatas. Kacau dan hidangkan…. boleh jugak dicampurkan lebihan kicap yang diperap bersama ayam kukus tadi. sedia untuk dihidangkan.

~~Untuk sos lada/ sos cili:

8 -10 batang cili merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 sudu kecil garam
3 – 4  sudu makan penuh gula
4  sudu makan cuka
1/2 cawan air masak
1 sudu makan sos ikan ( jika suka )

* Masukkan semua bahan dalam blender kemudian kisar hingga hancur… sesuaikan rasa kemudaian sedia utk dihidangkan.

NASI GORENG TOMYAM TELUR DADAR MAYO


wp rupa mu tiada.. tapi rasanya memang ada ummmphh.. menyengat! jika ikut resepi asalnya memang guna sos tomyam yang dibikin sendiri tapi oleh kerana anak akak dah terlewat nak g kerja jadi akak guna kiub tomyam sahaja... kena siapkan cepat nasi ni untuk breakfast dia..

NASI GORENG TOMYAM TELUR DADAR MAYO

Bahan :
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil] - x bubuh
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
cili api tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
** (tapi akak masukkan kiub tomyam je)

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api.
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan bersama telur mayo

TELUR DADAR MAYO


Telur 2 biji
Bawang merah 1 ulas
Garam secukup rasa
Mayonis 2 sudu makan

Cara-cara

Tumbuk bawang merah.
Pukul telur, sehingga kembang
campurkan semua bahan dan gaul rata. Pastikan mayonis tidak berketul. (Boleh masukkan sedikit serbuk perasa MSG jika suka)
Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng telur tersebut. Apabila telah masak, sedia untuk dihidangkan. Sangat sedap, ada rasa lemak. Cubalah.

*** jika suka boleh masukkan lada hitam, boleh juga guna cili padi (tapi kalau guna cili padi, tak perlu tumbuk sebab kalau tumbuk, akan jadi terlalu pedas. Cukup sekadar potong biasa. Bawang juga tidak semestinya ditumbuk. Terpulang pada selera anda.. Kalau suka makan bawang, boleh potong dadu. Yang lain-lain, guna step yang sama.
Nak kelainan? Boleh masukkan juga ikan bilis. Sedap.... ** Masukkan isi ikan yang telah digoreng, juga sedap..** Selamat mencuba

BUBUR JAGUNG PULUT



ada seorang rakan telah mengesyorkan akak buat bubur jagung bersama pulut... jadi akak pun buatlah tapi pulut tu akak x buat pun akak hanya beli di kedai RM 1.. malas pulak nak buat kerana sikit je nak dimasukkan ke dalam bubur ni...

BUBUR JAGUNG BERSAMA PULUT

7-8 tongkol jagung - hiris halus
2 cawan santan pekat + sedikit air jika terlalu pekat
2 senduk gula
2 helai daun pandan
sedikit garam
segenggam pulut yang telah dimasak atau beli RM 1.00

masukkan semua bahan kecuali pulut.
masaklah sehingga jagung masak dan mendidih sempurna.
bila telah cukup mendidih masukkan pulut yang telah dimasak, gaulkan bersama.
boleh la ditutup api. sedia untuk dimakan

KEMBUNG LADA HITAM BERSAMA BENDI



adaptasi dari resepi rakan fb.... tapi agaknya akak dah terlebih lada hitam agaknya... heheh.. tapi untuk menambah menu sayur dalam hidangan akak tambah bendi dalam masakan ni...

KEMBUNG LADA HITAM BERSAMA BENDI

Bahan-bahan :
6 ekor ikan cencaru - akak tukar ikan kembung
4 batang serai dimayang - akak ketuk
4 labu bawang besar dimayang } akak tumbuk
5 ulas bawang putih dimayang  }
2 inci halia dimayang
2 biji tomato dibelah 4
8 biji bendi
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 mangkuk kecil santan pekat
1 sudu makan serbuk kunyit
asam keping - akak tambah
Garam secukup rasa

Cara :
1. Goreng ikan kembung yg sudah dilumurkan garam dan serbuk kunyit
2. Tumis bahan2 mayang sehingga layu
3. Masukkan garam, santan, tomato dan serbuk lada hitam
4. Apabila mendidih, masukkan ikan yg sudah digoreng tadi dan bendi
5. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan

SAYUR BAYAM MASAK LEMAK


SAYUR BAYAM MASAK LEMAK

1 ikat sayur bayam merah - kerat dan bersihkan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
sedikit ikan bilis - bersihkan
1 cawan santan pekat + sedikit air
sedikit garam

campurkan kesemuanya dan masaklah sehingga mendidig sambil dikacau selalu.
bila sudah betul mendidih angkat.

IKAN REBUS MASAK LEMAK



masak simple je sebab.. mr hubby pun x de.. sedang berkursus d PD...

RESIPI IKAN REBUS MASAK LEMAK 

3 ekor ikan rebus segar sederhana besar- di bersihkan di bahagian perutnya (biasanya beli yang dah siap bersih perutnya)
1 biji bawang besar - di mayang
10 biji cili api/cili hijau - di belah tengah
2 keping asam keping
2 cawan santan
2 helai daun kunyit - di koyak koyakkan
serbuk kunyit
garam

masukkan semua bahan ke dalam kuali lalu di jerang hingga mendidih.
sentiasa di kacau perlahan takut pecah minyak dan hati hati ikan rebus mudah hancur jk sering di balik balikan.
sedia untuk dihidangkan.

* jika suka bolehlah masukan kobis di potong lebar ke dalam masakan ini. sedap juga tapi kena ingat masukkan asam keping.
* masakan ni sedap masam2 sikit (dari asam keping)

PISANG TANDUK GORENG


juadah petang.. kalau jumpa pisang tanduk akak mesti beli.. tapi beli hanya 2-3 biji je... keluarga kecil cam akak ni x boleh beli sampai sesikat... sapa pulak yang nak perabihkan nanti...

PISANG TANDUK GORENG

1 biji pisang tanduk - hiris bulat
1 cawan tepung gandum
2-3 sm tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak menggoreng

goreng seperti biasa.. toskan angkat dan hidangkan... ermmmm sedapnya pisang tanduk

LEMPING PANDAN


alaaa... resepi simple simple je.... sebenarnya ini adaptasi dari resepi lemping biasa je... tapi dengan kadar terlebih rajin maka jadilah lemping pandan ni... ekekeke....
ini menu yang sedap di makan waktu petang...

LEMPING PANDAN

3 cawan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
air pandan secukupnya(blend)- sukatan air x terlalu pekat dan x terlalu cair
2-3 sudu gula
garam secukup rasa

campurkan ke semua bahan sehingga larut dan sebati
panaskan kuali kecil non stick masukkan 1/2 st minyak(supaya x lekat)
tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali.
leperkan dan dan buatlah sehingga habis.

bahan sosnya:

2-3 sudu jem
sedikit air

campurkan kedua duanya dan masaklah sehingga jem cair terus tutup api dan sirankan di atas lempeng pandan
* jangan kacau terlalu lama sebab jem akan jadi kental seperti jem sediakala.
* boleh juga paipkan susu manis ke tas lempeng bersama dengan jem.

sedap dan boleh cuba!!

ATVT KELAS JW - AGAR AGAR LAPIS PERMATA


inilah hasil belajar

AGAR AGAR LAPIS PERMATA

Bahan untuk agar agar:(lapisan bawah)

1 bungkus agar-agar tali (30 g)
2 1/2 liter air
1 tin susu cair
1 tin kecil susu pekat
10 sb gula
1 sk asen vanila

bahan untuk agar-agar atas:(jernih)

1/3 dari bungkus agar-agar tali (30 g)
1 liter air
gula - kena rasa ikut kemanisan sendiri(sebab ini agar agar kosong/ jernih)

Cara-cara

bahagian bawah:

masak 1 bungkus agar dengan air. setelah agar2 masak (hancur) masukan gula, susu cair dan susu pekat. biarkan sehingga mendidih dan masukan asen vanila.
setelah masak bahagikan: (ikut warna pilihan sendiri)
1 senduk warna merah,
1 senduk watna kuning
1 senduk warna hijau.
dan biarkan sejuk dan keras. setelah keras hiris agar2 bentuk dadu atau boleh dimasukkan dalam acuan cetak.
dan selebih agar2 putih tadi masukan dalam bekas / loyang 4 segi-10 inci dalam ketebalan 1 1/2 inci. dan biarkan sejuk dan keras.
setelah agar2 sejuk, masak agar2 untuk bahagian atas pula. sebelum di susun agar agar warna hendaklah di cakar cakar permukaan agar agar putih dan tabur atau susun agar2 yang di hiris dadu atau agar agar cetak di atas agar2 putih td.

bahagian atas:

setelah agar2 yg dimasak tadi masak, di tuangkan 1/2 inci diatas agar2 yang telah ditabur agar2 berwarna tadi.
sejukan agar2 tadi didalam peti sejuk. setelah keras dan sejuk bolehlah dihidangkan.

MENERIMA TEMPAHAN CUSTOMER - RED VELVET CAKE


RESEPI RED VELVET CAKE- GEBU
Sumber : Nina Suria@Mon , Kak Zai@Teratak Impian
Olahan : AnnaQawina

Bahan -bahan : 
5 biji telur gred B@4 bj telur gred A
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri (Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder)
*3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna oil base
1 cawan buttermilk- kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda @baking powder- Ana guna baking powder
1 sudu makan cuka makan-Ana guna cuka kurma

BUTTERMILK:
1 cawan susu segar
1 sudu makan cuka makan atau jus lemon  
 Cara :
Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalam adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati guna senduk.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

***********************************************************************
RESEPI KRIM CHEESE :
500 grm whipping cream-brand VIVO
250 grm cream Cheese-brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste
Cara -cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda


Sunday, May 12, 2013

ATVT KELAS JW - MAJA BLANCA


menurut kata hana kuih ni atau dessert dr filipina. penyediaan yg mudah dan rasa lemak2 manis katanya.

akak potong ketika suam suam.. agak kurang kemas sikit tapi jangan di kisah pada rupa paras... yang penting sedap! sebenarnya jika suka rasa jagung saja pun dah sedap tapi jika di campur sekali dengan kismis sedap juga.. ada rasa manis manis masam sikit.. terpulang pada citarasa anda...


taburan kacang hancur(sebelum di potong)

MAJA BLANCA

Bahan-bahan ( loyang 8cm )

1/2 cawan cornstarch@tepung jagung
1/2 cawan gula - leh kurangkan klu tk suka manis
1/4 cawan air
2 cawan santan
1/4 cawan jagung manis dlm tin
1/4 cawan kismis
1/2 cawan kacang tanah hancur - utk topping

Cara-cara:

Gris loyang dengan minyak. ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan cornstarch,gula,air dan santan.kacau sebati.
Masukkan jagung dan juga kismis. *jagung n kismis hana cincang kasar.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api sederhana hingga likat atau pekat.
Tuang ke dalam loyang.
Taburkan ngan kacang tanah. kemudian sejukkan dlm esbok.
Potong2 dan hidangkan!

HOMEMADE CHEZZY WEDGES - resepi segera di rumah


resepi yang sangat sedap sebagai kudapan petang.... anak anak semua suka... x perlu beli hanya buat sendiri chezzynya..

HOMEMADE CHEZZY WEDGES

2 1/2 sudu mentega
2 1/2 sudu tepung gandum (nak pekat lebih kan tpg)
1 liter susu segar
4 sd garam
2 sb serbuk cili
2 sk serbuk lada putih
12 keping cheddar

rasanya mesti ada yang tau membuatnya.. mudah je... x perlu menumis.. masakkan aje

GRILLED CHICKEN CHOP



resepi ni minggu lepas buat... masa tu anak anak semua berkumpul balik... time camnilah seronok memasak.. kalau time tinggal berdua.. alahai... mulut je teringin nk itu ini... nk buat tapi sapa yang nak tolong habiskan... kalau semua balikkan seronok buat sama sama disamping dapat juga memberi tunjuk ajar pada dorangkan....
sebenarnya anak yang bongsu sedang bercuti sem yang request nak chicken chop ni... dia kurang suka seperti dikebanyakkan kedai western food semuanya chicken chop yang bersalut breadcrumbs.. sebab bila sejuk ia keras.. hanya sesuai dimakan ketika panas panas berbeza dengan Grilled chicken chop ni.. agak sesuai dimakan bila bila pun..
akak ubah sikit resepi ini ikut kesesuaian dengan 1 kg peha ayam..

Resepi GRILLED CHICKEN CHOP

1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping ) - akak guna peha ayam 1kg(belah buang tulangnya)
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) - akak suka lebihkan
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau - akak x bubuh
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam) - akak x bubuh
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak da n  bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je  lebih mudah!

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam:

2 labu bawang besar ( potong dadu)
1 biji tomato - potong - kiub (akak suka)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
1 tin cendawan butang - hiris (akak suka letak sebab sedap)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
2 sudu makan sos tomato atau sos chili
2 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.

** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Selamat mencuba!!!

poster salam sayang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...