meh.. sini akak nak cerita sikit.. resipi MENU RAKAN KENDURI ni akak punya grop untuk masak masak kenduri. ahli ada 20 pasang bermakna ada seramai 40 oranglah. rakan rakan yang ada dalam RAKAN KENDURI nilah sebagai adik beradik dan sahabat handal yang rapat. adikberadik kita sendiri semuanya jauhkan! pada siapa lagi yang kita nak harapkan selain dari kawan yang tinggal rapat dengan kita. adikberadik yang datang xyah la bertungkus lumus sangat, hanya tolong2 yang mana patut saja. kesian dorang datang jauh dari semua pelusuk negeri! terutama adikberadik ipar akak semua jauh jauh, akak pula xde adikberadik- tunggal.
bila ada di antara ahli nak buat kenduri semua ahli yang lain "wajib" turun padang. antara kenduri yang patut di raikan oleh rakan kenduri seperti kenduri kahwinkan anak, bertunang, majlis mencukur jambul (lepas pantang). kenduri yang lain tidaklah di tekan dalam mesyuarat rakan kenduri kecuali hadir atas jemputan ahli kenalah hadir tolong serba sikit mana yang patut. keahlian juga dikenakan yuran bulanan bertujuan untuk meringankan bebanan tuan punya kenduri itu nanti. setakat ini kami juga sudah mempunyai serba sikit aset peralatan kenduri seperti dapur memasak,periuk/ kuali besar(boleh baring dalamnya), pinggan 600pcs, gelas 500pcs,tray buffey dll. semua kami gunakan duit tabung rakan kenduri.
kami akan bermula turun padang sehari sebelum kenduri hinggalah selesai semua majlis pada petang hari kenduri. maknanya dua hari tonggeng piuk belangga di umah, makanan semua di taja oleh tuan punya kenduri.
wp keje kenduri ni orang cakap banyak keje yang perlu di bereskan tapi kami buat semua ikut pecahan grop. yang berat sama di pikul,yang ringan sama di jinjing. sebab itulah setiap kali ahli nak buat kenduri kami bermesyuarat beberapa kali sebelum di adakan kenduri.
bermuafakat membawa berkat!!
resipi resipi di sini adalah hak milik RAKAN KENDURI. ahli kami terdiri dari profesion guru,polis,ustaz,pesara,pengusaha catering kenduri/kantin dll. boleh di kata kami x perlu mencari tukang masak sebab ahli kami pun terdiri dari pakar/chef yang pandai memasak.
NASI MINYAK JUS OREN
rakan kenduri bandar U
2 tin besar minyak sapi
1 kg planta
4 tin susu cair
5 ketul kiub ayam
10 bungkus sup bunjut
1 botol besar pati oren sunquick
bahan menumis:
bawang goreng )
kismis )
bunga lawang )
bawang merah dan putih ) agak agak saja
kulit kayu manis )
cengkeh )
halia )
1 peket besar sayur campur
1 botol pewarna kuning
garam kasar secukup rasa
* tumis dalam kawah.
* bila nasi kering tutup dengan beberapa helai daun pisang
sumbangan ~ cikgu Sazaili ~
garam kasar secukup rasa
* tumis dalam kawah.
* bila nasi kering tutup dengan beberapa helai daun pisang
sumbangan ~ cikgu Sazaili ~
No comments:
Post a Comment