Monday, March 7, 2011

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

DULCE DE LECHE -sedap

RESIPI DULCE DE LECHE

1 tin susu pekat manis (buang sticker kertas di luar tin)
pengukus @ preasure cooker
air

rebus terbaring tin susu 4 jam - jika menggunakan pengukus @ dalam preasure cooker masakkan 1 jam.
setelah itu rehatkan tin susu hingga sejuk barulah di buka tin susu
keluarkan DULCE DE LECHE dan simpanlah dalam botol.
bolehlah di simpan dalam peti ais.

#sebaiknya untuk jimat gas rebuslah lebih dari 1 tin kerana ia boleh di pelbagaikan kegunaan antaranya:-

*sapu pada roti
*inti mexico bun - akak dah buat,sedap.
*inti pau sedap juga.
*dulce de leche brownies 
*dll

DULCE DE LECHE BROWNIES yg belum di bakar

baru keluar oven 

DULCE DE LECHE BROWNIES CUP siap boleh makan!

bronis ni memang sedap. akak rekemen! oleh kerana satu adunan pun dapat banyak jadi akak gi hantar pada anak di hostel. biarlah dorang makan bersama rakan sebilik dan rakan di fakulti. anak siap mesej bagitau nanti mama buat lagi kerana kawan kawanya semuanya suka kata sedap bangat. insyaalah lah.. mama buat tapi untuk masa terdekat ni mama x janji! sebab..masih banyak resipi yang di rekrutkn dalam senarai hahaha..cuma masa je x cukup! bunyinya cam bizi beno jek..

RESIPI DULCE DE LECHE BROWNIES CUP

115g butter
180g coklat masakan
25g koko powder
3 telur
90-100g gula caster
1 st vanila
110g tepung
kekacang - opt
1 tin Dulce De Leche

-panaskan oven 160'C untuk cup 25 minit.* sediakan papercup besar
-170'C untuk loyang 8"-35-45 minit * alas kertas.

cairkan coklat masak dan butter secara double boiler. bila sudah cair, angkat dari api dan campurkan serbuk koko. kacau lalu di ketepikan.
pukul telur menggunakan menggunakan whisk. masukkan gula dan juga esen. kacaukan.
masukkan coklat cair tadi dan masukkan tepung lalu di gaul sebati. akhirnya masukkan kekacang jika suka tapi akak x masuk.
tuangkan setengah adunan ke dalam loyang. ambil dulce sesudu demi sesudu dan tuang baki adunan ke atasnya dan bakar.
keluarkan dari oven dan biarkan ia betul betul sejuk baru di potong square.

* hana.

No comments:

Post a Comment