Tuesday, March 22, 2011

KARI UDANG ALA THAI..



Haa..ada sapa yang terliur tengok masakan ni angkat tangan! ada? nampaknya kalau ada yang nak merasa kenalah try buat sendiri yee.. pada sapa yang x minat tutup mata hahaha...
 masakan ini adalah di antara peberat akak dan semua family akak. wa cakap sama lu... akak berani rekemen masakan ini memang sedap! 
kalau tengok gambar di atas pasti orang menyangkakan ini masakan tomyam. dah namanya ala thai memanglah masakan siam. tapi kalau nak di bandingkan dengan tomyam akak rasa kari udang ala thai dapat menandinginya.. lagi sedap looo


kari udang ala thai ni jauh beza dari masakan kari orang kita di mesia ni yang warnanya seakan merah pekat gitu. berbeza dengan kari ala thai warnanya keoreng orengan. bau semasa menumis alahai... cukup harum, kalau tengah lapar memang x sabar nak makan!
jom masuk ke dapur tengok akak menumis...

RESIPI KARI UDANG ALA THAI

500g udang sederhana besar - buang kepala/bersihkan
4 sb minyak masak

ketuk:
3 batang serai
4 hiris lengkuas
4 hiris halia

4 helai daun limau purut
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 biji bawang besar - di belah 4
2 biji buah tomato - di belah 4
3 sb jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar
1/2 st serbuk lada hitam
sedikit garam, gula
perasa jika suka - akak x letak pun

mesin:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
5 biji cili padi
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 sb belacan

panaskan minyak. tumiskan bahan mesin, kacau hingga naik bau.
masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, kacau lagi hingga sebati dan masukkan santan.
masak lagi hingga naik minyak dan mendidih.
masukkan udang, garam, bawang, tomato, gula.kacau selalu.
apabila udang masak masukkan jus limau nipis dan daun ketumbar.terus tutup api.
bolehlah di hidangkan

No comments:

Post a Comment