sekaya durian memang sedap untuk di sapu pada roti, inti pau, bun dll. akak x sempat nak buat lain kerana akak nak balik kampong..jadi akak bawa sebagai buah tangan.
sekaya ni akak termanis sikit mungkin kerana mugkin isi durian tu terlebih manis kot.. tp jika di makan dengan roti akak rasa ok je..
resipi ni akak mbik dari kak besah MyR
SEKAYA DURIAN
1 cawan isi durian
1 1/2 cawan gula (oleh kurangkan)
1 1/2 cawan santan
1 1/2 cwan telur/5 biji (tapi akak guna 4 biji)
1/2 st garam
1/2 cawan jus pekat daun pandan/2 helai (akak letak air bersama perisa pandan)
1 sb tepung gandum/mumbung - bancuh sebati
campur semua, kacau sebati dan masak dengan api perlahan. masaklah sehingga pekat, licin dan halus.
* sebaiknya blend durian dengan santan hingga halus, barulah teksturnya lebih halus.
* kak besah MyR
No comments:
Post a Comment