pada yang telah menjenguk blog di sini hanya melihat gambar ini sahaja yang tertera akak minta maaf la ye.. sebab akak betul betul bizi hingga xde masa langsung nak berceloteh sepatah dua kata di sini hanya sempat letakkan gambar sahaja..sekarang ni akak hanya mencuri masa akak untuk updatekan resipi di sini.
berbicara tentang kari kepala ikan ini memang menjadi pebret akak dan my laling.. kalau ada anak memang akak x masak la.. kepala ikan ini.. sebab anak akan merungut, dorang akan nasihatkan akak jangan makan kepala ikan nanti jadi bengong dan macam2 lagi dorang bersyarah dengan akak ini seolah pada dorang akak ni langsung x tau pape lak! sedang dorang bersyarah.. sekali sekala akak mencelah juga.. dapat tahu dari mana ni? dorang cakap ustaz dan cikgu yang cakapkan pada dorang. memanglah betul kata kata anak akak tu..! tapi akak masak bukannya selalu puuuun..
kita lupakan hal tu.. jom dengar akak pula bercerita tentang kari kepala ikan ini.. kalau makan kari kepala ikan ni memang x ingat doonia.. sedap bangat! my laling pun sama!! dia siap cakap... kari ni semuanya ok,cukup lengkap dah.., tapi hanya satu jeee..., dalam kepala akak..(@#*8$?..ape dia?) nak tau dia melawak ape.. hanya tulang je keras x mau lembut2!! hiee..garamnya akak... ingatkan apalah benda yang dia nak komen!! cik abang sayang...tulang kepala tu kalau nak bagi lembut kena rebus dalam preasure cooker seminggu 7 hari 7 malam tu pun belum tentu lembut ke dak!! adoii.. x habis habis mengusik akak dari dulu lagi..mula2 penuh dengan ayat suspen.. sampai akak pun terpedaya juga!!
KARI KEPALA IKAN..
1 ketul kepala ikan - di belah 2 dan di bersihkan
bahan tumbuk:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
minyak untuk menumis
2 sb serbuk kari ikan
1 sb serbuk kari ayam
3 tangkai daun kari
1 st pes asam jawa
1 st halba campur
1 cawan pati santan
sedikit air - ikut kepekatan yang sesuai.
garam secukup rasa
hiasan:
karat - di potong panjang
2 biji tomato - di belah baji
panaskan minyak lalu tumiskan sedikit daun kari dan masukkan bahan tumbuk hingga garing.
masukkan ke dua dua serbuk kari, halba campur ,baki daun kari (untuk membangkitkan lagi baunya) dan kacau lagi sampai garing hingga semerbak baunya.
dan masukkan air. masak lagi hingga terbit minyak.
baru masukkan santan pekat. masaklah sehingga mendidih.
masukkan kepala ikan dan karat masak dengan api sederhana. kacau perlahan lahan supaya ikan x hancur. balik balikkan ikan dengan hati2.
bila mendidih masukkan tomoto yang di belah baji dan garam secukup rasa.
siap untuk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment