Saturday, April 30, 2011

ATVT KELAS JW - MEE JAWA


ASSALAMUALAIKUM..

sebenar akak malas nak ngadap tenet ni hari ni.. jemu.. sangat! eh,eh bukan jemu nak masak masak @ nak berblog tau!! tapi akak rasa jemu nak uploadkan gambar tenet akak ni bila hujan je mulalah semput. asma agaknya! nak masukkan gambar 1 pun makan masa akak. cadang tadi rasa semangat nak masukkan resipi pecal tu tapi slow ya amat!! heee..geramnyaaa..


mee jawa ni bukan akak yang masak tau.. tapi resipi ini telah di kongsikan oleh rakan JW iaitu puan ROHANI/WAHIDAH 5 U7. untuk hari ni juga akak bercuti memasak.. sebab kenyang makan mee jawa ni hihihi.. lepas kelas JW tadi akak bizi mengambil barang barang anak bawa balik ke rumah. penuh 1 keta!! petang pulak baru mbik dia balik.. mujurlah x jauh.. hanya UiTM seri iskandar juga.. kalau jauh mana boleh berulang alik masuk kolejnya. esok barulah nak g mbik si kembarnya di UiTM Pematang Pauh lak.. nasib baiklah sorang ni belajar dekat dengan umah akak, kalau jauh sorang utara dan sorang selatan huh.. entahlah..
melalut pulak akak.. lari dari tajuk ni..



RESIPI MEE JAWA
hidangan untuk 4 orang

3 sb minyak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sb cili kering -blend
1 batang serai - ketuk
1.5 L air
400 g keledek(rebus dan dilecek)
300 g udang kertas(buang kulit/rebus - blend)
2 sb tepung ubi(di bancuh)
1/2 st serbuk lada hitam
garam gula secukupnya
BAHAN CELUR:
500 g mee kuning
250 g taugeh
2 pokok sawi
4 biji telur(di rebus)
4 biji limau kasturi(dibelah 2)
3 biji cili hijau(hiris halus)

panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
masukkan serai, lengkuas dan air masaklah hingga mendidih.
masukkan pula keledek, udang dan tepung ubi.
masaklah sampai kuahnya pekat.
kemudian masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

HIDANGAN:
letakkan mee dalam mangkuk, taburkan taugeh, sawi, telur, limau dan cili.kemudian tuangkan kuah mee jawa. hidangkan panas panas.


4 comments:

  1. kak norlie, sedapnya mee jawa ni...nieza suka ler mkn mee...nanti blk buatkan yer...hehe dah abis belajar ke si kembar tu kak?dh besar panjang yer depa lama tak tgk.

    ReplyDelete
  2. si kembar tu belum habis lagi baru dploma. dorang baru exam final tadi, dapat cuti 3 minggu.
    nieza suka makan mee? akak pun suka tapi abg lee cerewet sangat tekaknya..dia suka mee goreng je.. yang berkuah kurang sikit.nanti bila2 akak akan masak mee pulak yee.. yang ni abang lee suka tau!

    ReplyDelete
  3. aduhhhh...dah lama tak makan mee jawa....boleh akak ambil resepi ni? meleleh dah ayo liur teman...

    ReplyDelete
  4. ate..mbik la cikgu oii.. takut meleleh ayo liur kome susah nak ngelapnye nanti..kekeke

    ReplyDelete