ASSALAMUALAIKUM..
Sebenarnya pajeri terung ni N3 semalam. cadang nak nak upload petang tapi guruh menyambar nyambar.. bila akak masukkan di sebelah malam lembabnya sejam pun masih x jadi papepun.. lastnya pagi akak masukkan..
masakan ini kesukaan my laling tapi yang menjadi masalahnya si dia ni x reti reti nak makan terungnya..! jadi kerana kesiankan dia.. untuk mengelak dia dari x makan.. akak masukkan udang di dalamnya.. ini dah jadi perkara biasa akak lakukan. janganlah ada yang heran lihat ada udang besar pulak! udang kecil pun akak masukkan juga.. untuk membangkitkan bau ketika menumis.
RESIPI PAJERI TERUNG BERSAMA UDANG
1 batang terung panjang - kelar(x putus)terung untuk beri cepat empuk dan meresap bahannya
10 ekor udang sederhana besar
1 cawan santan pekat
air jika perlu
2 sb gula marah
2 sm kerisek
garam gula
penumis:
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar } tumuk halus
2 ulas bawang putih }
1" halia - hiris panjang
1 sb serbuk kari ayam
1 1/2 sb serbuk kari ikan (sebab masuk udang)
2 sb udang geragau - basuh/toskan
sedikit minyak menumis
panaskan minyak tumiskan 2 sekawan, masukkan bahan tumbuk hingga wangi baunya masukkan rempah yang telah di campur sedikit air. masaklah sehingga terbit minyak dan masukkan udang geragau. masaklah hampir kering sedikit kemudian masukkan santan, terung.
bila mendidih baru masukkan udang, biar sekejab hingga udang bertukar warna.
masukkan gula merah, kerisek, garam gula secukup rasa.
didihkan sehingga terung empuk dan terbit sedikit minyak.
sedia untuk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment