Sunday, April 10, 2011

SAMBAL SOTONG

ASSALAMUALAIKUM.. 

hari minggu ini pasti ada yang merancang nak jalan jalan cari makan dengan keluargakan... akak tengahari pun ada jemputan makan juga.. dari rakan setaman.. majlis cukur jambul. pagi ni sempatlah akak meletakkan N3 semalam.



ni cuma masakan biasa je.. sambal sotong. pernah x kalian semua terfikir kenapa kebanyakkan masakan akak ini selalu menggunakan seruk cili dari menggunakan cili kering blender je...? sebenarnya dulu2 pun ila kawan akak syorkan akak pun rasa pelik..err.. sedapke? x rasa payau atau pahit ke..? tapi bila akak mencuba demi mencuba,.. hahaha... dah terpikat beb!! lebih senang dan mudah gitu. masaklah hingga garing barulah ia menghasilkan warna yang cantik keemasan gitu.. kadang bila guna cili kering yang berwarna merah gelap tu masakan kita pun turut x menarik.. jadi bertambah gelap sangat! tapi bukanlah akak menyuruh kalian meniru style akak ni.. pada siapa yang nak cuba resepi akak tapi x suka cili serbuk sila tukarkan cili kering kisar yee..

RESIPI SAMBAL SOTONG

500g sotong -di bersihkan dan kulit luarnya(kerat 3)
2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } di tumbuk
1' halia                    }
2 sb serbuk cili 
1 sb sos tiram
1 sb sos cili
sedikit air
pes asam jawa
garam
gula
minyak menumis

hiasan
karat - di potong bunga
1 biji bawang - di potong bulat

panaskan minyak. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan cili serbuk, air hingga garing.
kemudian masukkan  karat, semua sos, pes asam jawa. garam gula.
akhir masuk bawang bulat. gaul hingga sebati.
siap.

No comments:

Post a Comment