Saturday, May 21, 2011

SOS BBQ

                                             RESIPI SOS BBQ

  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)

Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
* sos ni memang sedap sudah beberapa kali buat..


 BBQ BERSAMA GENG ANAK.....
ni semua projek anak dan kawan kawannya yang sedang bercuti ketika ini. cukup bulan ni semua akan kembali belajar ke destinasi masing
masing.
dorang ni sibuk stat dari petang semalam lagi pergi memancing ikan untuk                                              .  buat BBQ ni.. dapatlah 3 ekor talapia kot..
semalam berkecah jugalah dapor dengan kesibukan dorang memasak BBQ dan ada setengahnya memanggang di luar umah. kesian tenguk.. jenuh menyalakan api!
asalnya kawan dorang bukhari yang memasak sos BBQ tapi entah apa silapnya kata anak.. x jadi! sampai 3 kali buat pun x jadi..! kesian pulak dengor.. tepat pukul 10.30malam tadi akak pun ke dapor membuatkan sos untuk dorang.. dalam hati risau gak takut juga x jadi seperti bukhari almaklumlah dah lama x buat.. nanti malu kat dorang! hahaha.... lagi pun semuanya datang melihat akak menumis sos tu.. sedap baunya kata dorang. ada yang kata nak belajar.. kalaulah x jadi apa kes..?! yang malu akak jugakkan...kannn!! anak akak siap offer bagitau kat kawan kawan ambik resepi emak aku ni.. kompom jadik punya.. biar betul budak nii..
* yang berbaju biru tu baru selesai sem 6.. dan yang lain lain semua rakan sebaya anak

 * anak kembar(adik) akak yang berbaju purple(kanan). kembar(abang) sorang lagi berada di kL dan Melaka berkunjung kumah kawannya dah seminggu di sana.

11 comments:

  1. bestnya bbq dah lama tak berbbq ni, biasa buat bbq ayam bila bekumpul adik beradik cicah sos cili jer nanti bleh la try sos akak ni

    ReplyDelete
  2. gerhana luka try la.. semalam grop anak pun kata sedap cam rasa brand Prego.. ada masam2 manis rasanya..

    ReplyDelete
  3. selamat malam norlie..
    amboi2... bestnya dapat buat bbq...
    lama dah ayu tak join aktiviti macam nie

    thanks ya syer resepi sos.. karang nak save.. mana tau,. satu hari ayu dapat buat bbq

    ReplyDelete
  4. salam norlie..lawanya remekin tue..kat mana yer akak beli?atie dah lama cari nie?

    ReplyDelete
  5. selamat malam jugak uat citarasa Rinduan....amik la.. x kisah.

    ReplyDelete
  6. azatie..aihsuka juga remekin tu.. sebenarnya akak beli kat batu gajah kedai "ole ole.."..kalau nak beli meh balik kampung sekali lagi heheh

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak Norlie

    suka juga buat BBQ ayam ni, bolehlah cuba resipi nanti. Tr kasih ya..dan salam kenal dari CT

    ReplyDelete
  8. kak norlie, kl utk celup burger tu ok ke x ek??

    ReplyDelete
  9. hye kak norlie..sy dah cuba resepi akak ni..memang SEDAP sgt..many thanks kak!

    ReplyDelete