Wednesday, May 4, 2011

BELENDED ORANGE CAKE


* abaikan tulisan fondant seperti berdebu.. iakan hilang dengan sendirinya. ia adalah di sebabkan oleh tepung jagung ketika menggelek doh supaya tidak melekat pada papan canai.


rasanya semua blog masakan yang popular semua dah cuba kek k.fida ni.. agaknya akak sorang je yang ketinggalan keretapi hihihi.. mana boleh asyik umah dorang je berbau oren je.. akak pun nak jugak!


RESIPI BLENDED ORANGE CAKE
K.fida

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus - kurangkan jadikan secawan
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1.  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2.  Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.



4 comments:

  1. salam norlie....

    cantik pulak blended cake dok dalam muffin cup tu.. deco pun lawa..

    ohya.. pasal warna merah yg saya guna untuk brownis tu.. saya guna brand biasa aje yg jual kat bakeri tu.. tapi ada buat campuran warna sikit.. konon2 nak dapatkan warna meroon nak ikut tema.. tp tak berjaya.. setakat tu jelah.. hehehe.. campurannya spt dibawah.. tp sukatan main agak2 je ye..

    red bright (lebihkan byk)
    purple (setitik dua je)
    coklat emulco (beberapa titik)

    ReplyDelete
  2. mesti sedap nih.. kita pun tak tercuba lg..;)

    ReplyDelete