Tuesday, May 17, 2011

CENDAWAN TIRAM GORENG SOS TIRAM


waaa.. cendawan ni sedap makan meratah.. memang pebret.. nampak je hitam ni tapi akak x masukkan kicap yee hanya tumis dengan sos tiram je.. jom tengok resepi yang cukup ringkas bebenor ni...


RESIPI CENDAWAN TIRAM GORENG SOS TIRAM

1 kampit cendawan tiram(harga RM3.00 lebih tu)
1/2 cawan udang kertas - yang sedikit besar
1/2 biji bawang besar - mayang
1-2 ulas bawang putih - ketuk
5 tangkai cili api - ketuk
sos tiram
air - jika perlu
garam(hati hati sebab sos tiram dah masin!)
minyak tumis

panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan masukkan udang. goreng hingga sebati.
masukkan cili api, sos tiram dan sedikit air. biarkan didih sebentar.
masukkan cendawan tiram, garam dan gaul rata.
siap!

* masak ni jangan lama sangat sebab cendawan mudah lembik

5 comments:

  1. anak fiza paling suka cendawan ni...kadang2 fiza cuma rebus letak garam n serbuk perasa ja...dia org ni suka sgt makan tanpa nasik...kadang fiza pun tumpang sekaki...he he he

    ReplyDelete
  2. FIZA..ko punya resipi lagi simple yee... kalau rebus letak garam gula skt dan cicah dengan sambal belacan memang ummmphh sedapnya... nanti bila2 nak buat huhuhu

    ReplyDelete
  3. sedap jer nampak..tapi kalau goreng dengan tepung mesti rangup kan!!

    ReplyDelete