Sunday, May 22, 2011

KEINDAHAN ALAM

hari ni.. pada yang sudi berkunjung ke sini akak nak bawa korang melawat sekitar kediaman akak sambil tu kita sembanglah sikit..


cantik sungguh pemandangan di Tasik Lake Ville ni.. rasa damainya hati ketika melihat keindahan alam ciptaan tuhan ni.. 
sebenarnya gambar ni di rakam oleh anak yang ku panggil "adik" sebab dia yang bongsu (sikembar ni ada sorang lagi ku panggil "abang"). dah besar panjang, dah teruna dia sekarang ni.. (tawaran di buka.. untuk mencari calon...)muahahaha..
anak yang sorang ni pada hemat akak dia ni pencinta keindahan alam semulajadi.. kemana saja dia pergi wp di dalam keta apa saja yang dia nampak cantik semua nak snap. sampai bunga di pasu akak pun dia ambil gambar. lihatlah.. gambar di sini semua hasil keindahan di mata dia. gambar ni akak terjumpa di dalam kamera, dia pun x sedar akak masukkan ke dalam blog ni. sekarang blog akak ni dah terkeluar tajuklah nampaknya... hahaha.. saja ajak kawan kawan cuci cuci mata sekejab.. asyik tengok masakan nanti pedih bijik mata terpercik cili dari gambar tu... muahahaha.. ade yang dah terkena ke?!


sejak "adik" bercuti ni.. bila petang nilah kejenya.. memancing @ bermain bola. malam pulak berjaga sampai ke pagi mengadap FB @ game.. lepas solat subuh tidor sampai tengahari... adoii.. nilah kejenya setiap hari.. nak di larang dia dah besar panjang.. x lama lagi minggu depan tinggallah kami berdua semula. masa tu umah dah kembali senyap sunyi.. bila Mr hubby g keje akak lagi terasa sunyi.. radio dan fb jadi peneman sunyi.. jadilah... hihihi


di ambang senja


keindahan pelangi



angin sepoi sepoi



sebenarnya nilah pemandangan Tasik berhampiran kediaman akak di Sri Iskandar. petang petang ramai yang datang memancing, ada yang datang memancing bersama keluarga. seronok beriadah bersama keluarga di sini.. tapi akak sebenarnya jarang sangat ke tasik ni segan nak gi sorang sorang ke sini.. lebih baik akak dok umah je.. kecuali Mr Hubby ajak akak meronda naik motor bersiar siar sekitar taman terpaksa la kenalah ikut.. "huis..huis".. Mr Hubby ni.. kalau nak gunting rambut dia pun dia mesti ajak akak teman!! nak balik kampung dia pun kalau akak x balik dia x kan balik sorang punya.. mesti nak akak teman juga..
penah dulu akak ke salon rambut amoi siap puji Mr Hubby kerana setia menemankan akak gunting rambut tapi dia dok luar kedai je.. nasib baik amoi tu puji.. dia x dengar!! huhuhu.. kalu tidak kembang kempis hidungnyeeee.. ekekeke...
* nieza... akak x gumpat dia tau...ekekekee.. cuma cerita je tau.. kahkahkah...


pelangi senja


keindahan di waktu senja yang mendamaikan..






terimakasih semua.. sebenornya tadi akak ajak korang melawat keindahan alam di tempat akak ni.. sekarang korang gi lah bertandang umah orang lain lak.. maaf le.. bukan menghalau..., hari ni akak x da ATVT masak.. "dapo off" jadi x da apa yang akak nak jamu korang semua.. terimakasihlah kerana bersusah payah datang ke Sri Iskandar ni.. harap sudi sudilah berkunjung ke sini lagiiiiiiiii...

6 comments:

  1. Salam Kak Norlie,
    Tenang je tengok kan...

    ReplyDelete
  2. cantik pemandangan tu..mcm kt oversea plak.

    ReplyDelete
  3. antan bertinkah..mai lah berkunjung ke sini..

    ReplyDelete
  4. nuwairani... pemandangan di waktu senja yang indah ni bukan selalu ada..

    ReplyDelete
  5. kamera cap ayam je ni...hihihi

    ReplyDelete