Wednesday, May 11, 2011

ATVT KELAS JW - NASI AYAM


resepi asalnya telah di ajar oleh JW di tempat.. iaitu puan NORA NORDIN U5 tapi masa mula statnya kelas kongsi resepi Nasi Ayam ni akak ada sama dengan JW yang lain tapi oleh kerana kelas ni memakan masa dalam proses memerap/memasaknya jadi akak terpaksa tinggalkan kelas ni sebab ada hal lain yang perlu di uruskan. kiranya akak ni belajar x khatam gitu.. hahahaha.. oleh kerana anak semua ada di umah jadi akak trylah masak nasi ayam ni mengikut cara puan Nora wp akak xlah ikut sepenuhnya resepi yang di kongsikannya. ada olahan sikit dan akak pun x juga ikut seperti yang biasa akak buat tu..


resepi asal puan Nora ni purata ramai yang kata sedap. akak pun sempat merasa nasi ayam ni 1 tware.. memang sedap nasinya kekuningan seperti warna nasi minyak tapi yang akak masak ni jangan terkejut pulak warna nasinya kenapa x kuning ikut resepi tu? resepi asal nasi ni x masukkan bahan pewarna yee.. akak buat x lihat resepi sebenarnya.. buat sekadar yang terlintas di fikiran jek.. cuma ayam je akak tiru bulat2 resepinya.


tapi untuk resepi orignal yang asal dari puan Nora ni ada akak sertakan di bawah ni. cuma jangan bandingkan dengan gambar nasi ayam yang akak masak ni.. okey..

simple je resepinya tau tapi ermmm.. sedap tau!! xpercaya cubalah..

RESIPI NASI AYAM
JW puan NORA NORDIN U5

1 ekor ayam - belah 2.bersihkan - di rebus dalam sup yang di tumis angkat toskan.
UNTUK BAHAN PERAPAN:
sos tiram dan kicap pekat shj - tuanglah rata dan sebati pada ayam, perap sekejab dan goreng. very simple.

 BLEND:
7 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 " halia
1 kampit serbuk sup
2 bungkus sup bunjut
garam
aji
sedikit minyak menumis

CARA BUAT SUP AYAM:
mula mula tumis bahan blender. setelah garing masukkan rempah sup dan kemudian masukkan ayam dan masukkan air secukupnya untuk masak nasi dan kuah sup kemudian masukkan juga sup bunjut. masaklah sehingga mendidih. masukkan garam dan aji.
setelah masak sup dan ayam, angkat ayam dan toskan, kemudian terus di perap dengan kicap dan sos tiram. setelah itu bolehlah ayam di goreng.

CARA MASAK  NASI:
sukat beras berapa banyak yang di ingini. nasi ini tidak perlu ditumis kerana semua bahan telah secukup rasa dalam sup tadi. jika perlu boleh masukkan garam sedikit.

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

7-8 biji cili api
4-5 ulas bawang putih
bawang goreng
kicap pekat
sos tiram

semua di campurkan dan di blend kemudian di masak hingga mendidih di atas api.

siap. bolehlah dihidangkan.
selamat mencuba resepi yang senang dan simple ni..

4 comments:

  1. mcm simple resepi nasik ayam ni tp nmpk sedap. maksudnya lepas masak supo baru boleh angkat ayam, perap dan goreng la kan? x pernah nk blaja buat nasik ayam.

    ReplyDelete
  2. nuwairani..kawan akak yang ajar dlm demo kelas masakan JW. akak dah rasa memang sedap.. ayamnya pulak simple bebeno, sebab ayam tu dah di masak dengan ramuan dalam kuah sup tu, bahan perapan hanya 2 jenis je,perap pun x la lama sangat(stelah selesai nasi masak dan kuah sambal siap boleh la di goreng ayam tu).

    ReplyDelete
  3. peri pia..memang yummy!! nyum nyum..

    ReplyDelete