Monday, June 27, 2011

APAM HARUM MANIS


apam yang teramat la sedap gebu dan lembut. akak buat untuk kenduri kesyukuran kawan akak ni... apam ni sesuai sangat untuk keraian kerana ia mual dan dapat banyak.. ramai kawan akak yang sukakan apam ni.. ada yang menanyakan apa nama kueh berinti pisang ni.. ada yang sangkakan kaswi sebab ia berkilat dan hitam pekat di permukaan kueh ni dan ada yang melawak kata kueh Jin Mata Satu... huhuhuhu.. ada ada aje korang ni.. mengubahkan namanya secantik kueh ni HARUM MANIS kepada N.HARUMAINI.. alamak.. nama akak pulak dah...!!



RESIPI HARUM MANIS

Bahan-bahan ( 40biji )

300 g gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 g gula pasir
350 g tepung gandum
1/2 st baking powder
1 st bicarbonate of soda
1/4 st garam
1 sm esen vanila
50 g mentega - dicairkan
8-9 biji pisang raja - dihiris bulat tipis


  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***


    7 comments:

    1. Salam nur.nampak sedap ni dan sesuai juga bagi nama jin mata 1,cuma takut nanti org takut nak makan pulak hiiihihii.Kita masuk list dulu ya.

      ReplyDelete
    2. assalam kak norlie email sy ye untuk nak botol roti jala tu mimiazie72@gmail.com

      ReplyDelete
    3. salam kenal dari ibundo. teruja menerima lawatan dari otai ...
      sedap nampak apam tu.. sesuai untuk kenduri kendara.

      ReplyDelete
    4. salam puan ros..hihihi... rasanya kalau tukar nama jin mata 1 lg forfular la...

      ReplyDelete
    5. chik mimi... berapa hage botol tu dan kos posnya? nk gak..

      ReplyDelete
    6. ibundo.... terima kasih dengan kunjung balas ye...

      ReplyDelete
    7. salam berkunjung balas....suka makan kek ada pisang nih....salam kenal jugak...terima kasih sebab berkujung ke blog saya...:)

      ReplyDelete