Wednesday, June 1, 2011

TOMYAM CAMPUR


akak dah lama x buat tomyam ni.. biasanya kalau nak makan senang je.. main oder di kedai.. makan pun orang layan siap terhidang jer!! hahaha.. tapi kali ni akak buat sendiri la.. buat sikit untuk makan berdua je ni..
 untuk kali ini akak masak leburkan semua.. baik untuk kesihatan sebab ia x bertumis.. kolestrol dah tepu dalam badan ni.. nak bawa badan sendiri pun x larat dah ni huhuhu... baju raya tahun lepas ada yang dah sendat!! x risau ke???!!


RESIPI TOMYAM CAMPUR

10 ekor udang sederhana besar - bersihkan
sedikit isi ayam - dihiris nipis
2 batang serai - dikerat dan diketuk hujungnya
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 ulas bawang putih - ketuk
1 in lengkuas - ketuk
1 in halia - ketuk
2 helai daun limau purut - dikoyak
1 biji tomato segar - dipotong kecil
5- 8 tangkai cili api - belah x putus
sedikit karat dll sayuran
1 ketul kiub knorr
1/2 st sos tiram/sos ikan
sedikit perahan jus limau 
air secukupnya 
sedikit gula garam
sedikit daun ketumbar - hiris, untuk memberi bau 

mula masak air hingga mendidih, masukkan segala serai, lengkuas, halia, bawang ayam, udang, kiub daun limau purut, gula garam, sos tiram, jus limau dll sayuran jika suka. 
akhir sekali sebelum diangkat taburkan daun ketumbar ke dalam tomyam.



* akak bubuh sos tiram kerana akak pernah tanya pada kedai tomyam rahsia masak tomyam.. tukang masak tu kata bubuh sos tiram/sos ikan tapi jangan masuk lebih dari sukatan!! nanti sepoi rasanya!!

10 comments:

  1. sedapnyer kak tomyam tu....baru sekarang tahu yang kena letak sos iram atau sos ikan...nanti kalau nak buat boleh la try resepi akak pulak....=)

    ReplyDelete
  2. tom yam memang sedap! kalau makan tom yam mesti nak telur dadar, timun cicah sambal belacan makan mesti bertambah2

    ReplyDelete
  3. wah...sdap lak nampak tomyam tu..mkn ngan nasi panas2 + telur dadar...memang mabeles...
    slm pkenalan..jemput singgah umah sya lak...i follow

    ReplyDelete
  4. Assalam kak norlie. tom yam ni memang favourite anak2 kita..kalau buat tom yam hari2 pun tak apa..uish kecur tengok kuah nya tu ha..

    ReplyDelete
  5. hafizah..jangan bubuh lebih nnt lari rasanya..

    ReplyDelete
  6. gerhana luka sama tekak kita ni

    ReplyDelete
  7. intan morsalin.. namamu seakan nama anak akak yang sulung..nor intan mazlin

    ReplyDelete
  8. ayu.. tomyam ni kalau time mulut pahit memang tomyam ni boleh membuatkan kita boleh makan!

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan kak...intai resipi tomyam....saya dah follow akak jom follow saya plak ekk....rajin akak masak ..bila xda orang nak bg habis meh la htr kat saya...hehe....pening gak nak create menu utk buka posa....

    ReplyDelete
  10. asslm,tgk gmbr nmpk sdp blm rasa lagi.msti sdp klu rasa

    ReplyDelete