harini badan kurang sihat.. xde mood nak ngadap tenet...tengah malam baru update resepi kat sini. akak masak ringkas je..
RESIPI IKAN MASAK KICAP
1 ekor ikan kembong besar - bersihkan, tabur garam kunyit lalu goreng dan ketepikan
BLEND:
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
5 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3 sekawan
air secukupnya
1/2 sk jus asam jawa
kicap secukupnya
1-2 sm sos tomato
garam secukup rasa
minyak menumis
hiasan:
cili merah - potong serong
bawang besar - potong bulat
panaskan minyak masukkan 3 sekawan dan tumiskan bahan blend hingga wangi
bila dah hampir kering masukkan air, kicap biarkan ia mendidih dahulu
setelah itu masukkan jus asam jawa, sos tomato, ikan, garam. didihkan sekali lagi.
lalu masukkan bahan hisan. gaul rata.
tutup api bolehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment