akak jarang masak teawchu digandingkan dengan ikan senangin ni.. tapi bila akak cuba ternyata sedap... untuk kali ni akak masukkan terung tapi kerana terung bulat atau panjang x de akak masukkan terung terlunjuk.. (untuk habiskan stok terung sebenarnya..) terung ni agak keras jadi kenalah ia masak mendidih lama sikit untuk melembutkannya barulah di masukkan ikan dan cili hijau.
RESIPI IKAN SENANGIN MASAK TEAWCHU
1 ekor ikan senangin sederhana besar - tabur garam kunyit, di goreng lalu ketepikan.
3 ulas bawang kecil - di mayang
2 ulas bawang putih - di mayang
1" halia - dihiris panjang
2 mumbong taucu biji (OPAH) - di tumbuk lumut/ separuh lumat
2-3 keping asam keping
garam secukup rasa -* jangan lebih(kadang2 taucu tu masin)
1 1/2 cawan air
minyak menumis
hiasan:
6 biji cili hijau - buang tangkai separuh dan di belah x putus
1 biji bawang besar - di belah 4/6 @ dipotong bulat
6 biji terung - akak guna terung terlunjuk (nak habiskan stok)
1/4 biji karat - di potong bunga2
panaskan minyak tumiskan bahan yang di mayang dan halia hingga garing.
masukkan taucu, asam keping. gaul hingga wangi.
setelah itu masukkan air secukupnya. biarkan ia mendidih.
setelah cukup mendidih baru masukkan ikan dan di ikuti dengan bahan hiasan lain.
didihkan sekali lagi dan masukkan garam. sesuaikan rasanya.
bolehlah di hidangkan.
* masakan ni jangan terlebih air kerana iakan cair dan kurang sedap.
No comments:
Post a Comment