Tuesday, July 12, 2011

PENJAN UBI KAYU


ubi ni kawan akak yang beri.. kalau nak makan untuk kami berdua aduhai.. memang x boleh habis rasanya.. oleh kerana ada perjumpaan dengan rakan kenduri jadi akak buatlah penjan ubi kayu ni.. ermm.. akak bawa ke rumah kawan ketika masih panas panas lagi.. ape lagi.. bestlah..
cuma sayang gula merah yang akak masak tu kureng cantik warnanya.. terlalu gelap wp akak xlah masukkan banyak sangat pun.. jadi cam x memikat hati akak melihatnya wp rasanya tetap ok!!


RESEPI PENJAN UBI KAYU

ubi kayu - di rebus hingga empuk dan lembut dan toskan
gula putih
gula merah 
sedikit garam
sedikit air - sekadar nak melarutkan gula

masak gula hingga dijadikan gula hangus. bila gula cair masukkan gula merah yang siap dibancuh dengan air(tapiskan dulu).
masukkan ubi yang di rebus dan gaul secara balik balikkan ubi hingga semuanya rata dan sebati.
tutup api dan sedia untuk di hidang.

* kemanisan ikut citarasa.. jangan sampai terlebih gula
* boleh buat guna putih sahaja tapi penjan ubi ni bewarna gula putih sahaja
* boleh di campur kedua dua gula dan masak bersama.

No comments:

Post a Comment