Friday, July 8, 2011

PUDING BUAH NAGA


sakit hati betoi dengan tenet ni pagi tadi.. dh masukkan gambar tetibe je x boleh masukkan ayat di sini.. gerammya.. lastnya pergi masuk dapur memasak!! sekarang baru akak sambung kembali.. akak pun x taulah resipi ni asalnya dr blogger ke.. entahlah tapi akak dapat dari rakan kat fb tu...
sebenarnya masa akak balik kampung tu hari kak ipar ada berikan akak sebiji buah naga ni.. dorang semua x pandai makan. akak kata kalau naga merah lagi akak suka sbb cantik dibuat puding @ pun kueh talam buah naga. akak khuatir nak beli kat supermarket sebab takut terbeli bewarna putih.. x berseri langsung kannn..





AGAR-AGAR BUAH NAGA

BAHAN2;-
1 peket agar2 tali (20gm)
1500ml air
1 tin susu cair
4 keping roti
2 biji telur
1 camB esen vanilla
secubit garam
3 sudu makan Butter
gula pasir 1 cawan (kalau nak manis ita tambah je ya)
pewarna - ikut sukalah
Isi Buah Naga 1 biji

CARA2:-
1. Rebus agar2 hingga hancur & masukkan gula. Apabila gula hancur..kecilkan api.
2. Blender Butter, Telur, Roti, Esen & Susu sehingga halus. Tuang kedalam adunan agar2 tadi.
3. Kacau sebati & masukkanlah garam.
4. Biarkan sekalili didih & tutup api.
5. Bahagikan adunan & masukkan buah naga yg dah diblender ke bahagian yg awak nak... corakkan ikut sesuka hati anda.

4 comments:

  1. Salam ziarah.. singgah sini tengok tu naga tu..sambil tu baca n3..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah jugak...cantiknya tengok puding bila letak dlm acu ros...saya ni ada acu pun malas nak guna...kekekke

    ReplyDelete
  3. zana sweet rose terimakasih singgah

    ReplyDelete
  4. Quinnie dah beli nape x guna..

    ReplyDelete