Dah lama rasanya akak x buat rendang ayam ni.. makan berdua agak malas sikit nak masak yang guna bahan banyak ni tapiii.. kerana dah teringin kenalah merajinkan diri jugak.. sebenarnya masak rendang ni memang pebret akak..
RESIPI RENDANG PEDAS AYAM PERAK
1 kg ayam - dipotong besar2
15 - 20 biji cili kering - rendam dengan air panas selama 20 minit (**)
5 batang serai - dihiris (**)
2 inci halia - dihiris (**)
1 cawan kelapa parut
10 biji bawang merah - dihiris
1 camca teh serbuk kunyit
2 helai daun kunyit - saiz sederhana - dihiris halus
300 ml santan pekat - dibancuh dengan air secukupnya
garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
- Potong daging nipis2 atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan sekali hirisan bawang merah dan serbuk kunyit ke dalam kuali.
- Kisar bahan2 bertanda (**) hingga hancur bersama sedikit air @ gunakan santan yang telah dibancuh tadi. Tuangkan ke dalam kuali berisi daging tadi.
- Kemudian kisar pula kelapa parut sedikit. Jangan sampai hancur pulak. Tuangkan ke dalam kuali.
- Masukkan garam dan perasa dan kacau hingga sebati.
- Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
- Setelah kuahnya kering, masukkan hirisan daun kunyit. Masak lagi hingga kuahnya betul2 kering.
No comments:
Post a Comment