Saturday, July 9, 2011

SAMBAL TUMIS TAUHU GORENG


nak tau.. sebenarnya akak memang x suka langsung tauhu ni tapi akak masak juga untuk My Laling sebab dia  makan.. lagi pun dalam kepale ni dah blur.. x tau nak masak ape dah.. jemulah tu.. ekekeke.. 
siang tadi g kenduri.. punyalah sedap makan kerana ade pelbagai sambal dan menu pun masakan kampung.. tu yang best tu.. kena dengan selera!! pergi pulak tu dengan kekawan.. pe lagi makan x ingat badan dah semakin montel.. aii.. baju dah sendat semuanya..


RESIPI SAMBAL TUMIS TAUHU GORENG

2 keping tauhu sz L - digoreng dengan serbuk kunyit dan garam. angkat dan potongkepada 6 bahagian dan ketepikan
bahan tumbuk:
6 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sehiris halia
.
sedikit belacan
sejemput ikan bilis - tumbuk sedikit tapi x lumat
sedikit pes asam jawa
1 biji putih telur
1 sm sos tiram
1 sm sos tomato
1/2 biji bawang besar-dipotong 1/2 bulat
minyak untuk menumis

panaskan minyak.. tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
taburkan sedikit belacan, ikan bilis dan asam jawa.
masukkan tauhu goreng. gaul rata.
masukkan ke2,2 sos dan bawang besar. gaul rata.
akhir sekali masukkan putih telur. kacau sebati dan masak hingga kering.
angkat.

No comments:

Post a Comment