Kali ni akak memasak pakej ala thai.. iaitu ayam paprik, sayur kailan ikan masin dan ikan sweet sour.. tapi hanya ayam paprik je yang akak sempat ambil gambar. yang hampeh... semua lupa nak snap.. huhuhu.. masakan sebegini kalau masak memang membuka selera berbuka lebih lebih lagi dah penghujung ramadan ni akak rasa keletihan dengan kesibukan membuat persiapan di dalam umah sempena raya. bila keletihan dah menumpang, mulalah selera makan pun kurang.. jadi dengan masakan ni selera akak makan
RESIPI AYAM PAPRIK
500 g ayam di potong kecil kecil
1 in halia - ketuk
1 batang serai -ketuk
1 in lengkuas - ketuk
3 ulas bawang putih - ketuk
5 - 7 cili api ketuk - ketuk/belah 2 x putus
3 helai daun limau purut - koyakkan
1 biji bawang besar Belah 4/6
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
sedikit kicap
garam dan gula
minyak untuk menumis
sayur : (akak bubuh ikut apa yg ada stok peti ais je)
karat
tomato dll
- Tumis bawang putih dan halia yang diketuk sehingga wangi.
- Masukkan ayam yang telah dipotong kecil dan dibersihkan terlebih dahulu dan masak hingga separuh masak
- Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, serai, limau purut dan sedikit air. Masak sehingga ayam masak.
- Masukkan cili padi dan sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga sayur agak layu sedikit dan angkat
No comments:
Post a Comment