hahaha.. ni masakan pebret akak.. kali ni akak masak gunakan timun kuning tu.. fuuhh.. memang kena dengan masakan ni..
RESEPI IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK BERSAMA TIMUN KUNING(TUA)
1 ekor ikan patin - di kerat 4 bhgn
1 biji bawang merah kecil - tumbuk
8-10 tangkai cili api - tumbuk
1 batang serai - titik
1 senduk tempoyak baru
1" kunyit hidup
1 sk serbuk kunyit
air setakat ikan tenggelam
1/2 biji timun - di kerat panjang
garam (akak x masuk gula sebab guna tempoyak baru)
masukkan kesemua bahan ini dan masaklah sehingga mendidih.
No comments:
Post a Comment