Monday, November 14, 2011

IKAN BAWAL EMAS ASAM


perrgghh.. memang x rugi mencuba resepi ni.. menepati citarasa.. terangkat!! sedap sangat. kebetulan deria rasa akak pun masih kurang kerana baru sihat dari demam selsema.. apa lagi memang sesuailah dan dapat mengembalikan selera akak yang hilang..
untuk masakan ni akak menggunakan ikan bawal emas. kalau ada yang nak mencubanya memang akak syorkan mencuba resepi dari amie ni ye...


Resepi Asal: Ikan Bawal Asam 
Sumber: Buku Masak Chef Terkemuka Sentuhan Nyonya
Chef: Mavin Yong

Bahan- bahan:
1 ekor ikan bawal seberat 1 kg - Amie gunakan ikan bunak (akak guna ikan bawal emas)
10 sudu besar minyak - Amie gunakan separuh sahaja
1.5 liter air - Amie gunakan 500ml sahaja
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
4 sudu besar jus limau nipis
3 sudu besar asam jawa diramas dengan 140ml air 
4 helai daun limau purut - diracik (akak carik saja)
9 tangkai daun kesum - disimpul - Amie gunakan 2 tangkai sahaja (akak guna 5 tangkai)
10 biji kacang bendi
4 biji cili merah dipotong 5cm panjang - Amie tidak gunakan (akak pun sama)
2 kuntum bunga kantan - diracik
1 labu bawang besar - potong 4
2 tangkai daun pudina - Amie tidak gunakan (akak pun sama)
2 sudu besar gula batu - hancurkan - Amie tidak gunakan (akak guna sbb stok ada)
2 sudu besar gula Melaka - hancurkan

Bahan kisar:
1 kuntum bunga kantan
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi - Amie tidak gunakan
3 tangkai cili kering - Amie gunakan 10 tangkai
6 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 sudu besar kunyit hidup - Amie gunakan serbuk kunyit
2 batang serai
10 biji buah keras
1 sudu besar lengkuas
1 sudu besar belacan
2 sudu teh garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Tambah air, gula batu dan gula Melaka diikuti serbuk pati ikan bilis, jus limau nipis, air asam jawa, daun limau purut dan daun kesum. Renihkan selama 20 minit.
3. Masukkan ikan dan renihkan selama 8 minit. Tambah bendi, cili merah, bunga kantan dan bawang. Renih 2 minit.
4. Alihkan ke pinggan besar dan hiasi dengan daun pudina. Hidangkan panas dengan nasi putih.


5 comments:

  1. .....memang berbaloi masak begini kan, walaupun banyak bahan digunakan tapi puas hati, nak cuba masakan Norlie ye...ni dah bawa pinggan isi nasi putih ni, tunggu cedok ikan bawal emas asam aje....

    ReplyDelete
  2. pembetulan: senduk...bukan cedok..hi hi hiii

    ReplyDelete
  3. salam kenal norlie..terima kasih sudi singgah dapur mieza yang tak seberapa tu...ikan bawal ni nampak sedap sekali..boleh lah mieza cuba resepi masak asam ni nanti...

    mieza follow norlie ye..:)

    ReplyDelete
  4. as-salam
    tengok je dah berselera..sedapnye mkn dgn nasi panas2..

    ReplyDelete
  5. salam... selamat berkenalan Norlie... bestnya ikan bawal ni... saya gugel2 resepi untuk masak ikan bawal emas... tatau pulak boleh masak asam gini,... biasanya masak asam gini menambahkan selera kan... x sabar nak cuba resepi ni... tq ye share, boleh saya cuba:)
    http://ct-aliah.blogspot.com/

    ReplyDelete