Friday, December 23, 2011

MEMBUAT BUBUR ASYURA


grop JW bergabung dengan ahli surau sepakat membuat bubur asyura ni bersama pada minggu lepas.. 
alahai.. baru sekarang akak teringat nak masukkan di sini.. ape ape pun bubur asyura ni memang sedap dan betul betul masak sehingga boleh di potong cantik.. dari segi rasa pada akak ia terlebih pisang sikit.. kalau nak buat tahun depan kena kurangkan sikit pisangnya.. jadikan 2 sikat sahaja..
minggu lepas geng JW sebenarnya dah buat bubur asyura ni juga... dorang telah gunakan resepi yang sama tapi tambah sebiji isi durian dalam resepi ni.. ermm... sedap gak.. ada rasa macam lempuk durian.. tapi bukan semua orang suka rasa durian nikan.. kali ni kami sepakat x mau masukkan durian.


BUBUR ASYURA ♥ 

2 kg santan
2 peket tepung beras
RM1.00 sagu halus
3 sikat pisang
1 1/2 peket gula
RM 3 gula melaka
RM 3 kacang tanah
RM 3 kacang hijau
RM 3 kacang merah
2 peket jagung 
4 ketul keledek
sedikit garam
daun pandan

** isi durian jika suka
** masukkan aisr masak jika pekat sangat


4 comments:

  1. kawan2 ayu kata bubur asyura ayu pelik, warna putih..
    bila norlie syer ttg bubur asyura tempat kamu.
    baru faham perbezaannya..

    PS: syoknya gotong royong

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya kak norlie masak ramai2....saya dah lama betul tak makan bubur ni..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Kak..bila tgk bubur asyura akak ni, tetiba pula teringat ket kg..dulu2 kalau bulan muharram jeee sana sini mesti bergotong royong masak ni....Lama betul tak makan bubur ni

    ReplyDelete
  4. Salam..keputusan GA Silaturrahim..

    http://www.al-saaleika.blogspot.com/2011/12/keputusan-ga-silaturrahim.html

    ReplyDelete