Friday, January 13, 2012

COLESLAW


dah lama x buat coleslaw ni... coleslaw ni makan gitu saja pun sedap.. kalau nak letak dalam roti lagi le sedap... kemudian masukkan sedikit sos.. tapi kali ni akak buat untuk makan bersama nasi karat..

COLESLAW

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

kobis putih (sederhana besar ) separuh
kobis merah 1/4 dari kobis putih
lobak merah 1/4 dari kobis putih
bahah-bahan dressing :
sos coleslaw dressing ( jenama ladys choice adalah yang digunakan kebanyakan restaurant), satu botol kecil
celery seed ( boleh didapati dari supermarket, pasaraya cold storage paling banyak menjual rempah ratus @ brg2 masakan barat dengan harga yang berpatutan)
daun bawang 3 tangkai
bawang holland ( kuning ) separuh


ara-cara

hiris semua sayuran nipis-nipis
daun bawang dipotong-potong kecil ( 5 mm ) melintang, bawang holland dipotong dadu
masukkan daun bawang, bawang holland dan 1/2 sudu teh celery seed kedalam sos coleslaw dan gaul rata. Lebihan dressing ini boleh disimpan didalam peti ais sehingga seminggu lebih, dengan syarat disediakan dlaam keadaan bersih, disimpan dalam bekas yang bersih dan ditutup sempurna
masukkan sayuran kedalam bekas besar, campurkan dresiing dalam dua susu besar,dan gaulkan rata, kemudian tambah lagi dua sudu dan gaul rata..
tips : tujuan dressing dimasukkan berperingkat kerana, pada kali pertama anda menggaul anda akan mendapati salad ini sangat kering seolah-olah dressing sangat kurang, sebenarnya membuat colesalw pengaulan bahan mesti dilakukan dengan sekata dan banyak kali kerana jika terlebih dressing, coleslaw akan menjadi sangat lembik. setelah digaul rata, barulah anda boleh menilai samada ingin menambah dressing lagi atau tidak. selamat mencuba !
tips 2 : kobis merah perlu dicuci dan diperah selepas dihiris untuk mengelakkan warnanya turun(supaya coleslaw sentiasa menarik). Cuci dan perah 2-3 kali.

No comments:

Post a Comment