Saturday, January 7, 2012

ATVT KELAS JW - POPIA SERAWAK


popia serawak ni adalah hasil dari ATVT kelas jiran wanita kami.. rasanya ramai yang dah tau tentang popia ni kan... setengah orang memanggilnya popia nestum atau pun popia gulung je.. tapi akak suka dengan panggilan iaitu popia serawak.. dan rasanya semua orang dah tahu.. betapa sedapnya popia ni..

resepinya telah di kongsikan resepi oleh puan Marliah Awang U8. 


POPIA SERAWAK
jiran wanita


2 bungkus kulit popia
1/2 bungkus nestum (200 g)
1/2 bungkus horlick (200 g)
1/4  bungkus gula castor / aising (500 g)
minyak untuk menggoreng
sedikit bancuhan tepung bersama air - sebagai pelekat

kulit di gulung dengan mengguna straw yang bersih / lidi satey.
kemudian gumkan dengan menggunakan bancuhan tepung gandum.
potong @ gunting serong.
panaskan minyak secukupnya.
gorengkan popia tadi. api mesti sederhana.
bila keperangan angkat dan toskan.
kemudian sejukkan dahulu.
sementara itu blender kering nestum, horlick dan gula. (ayak supaya halus)
taburkan bahan blender pada popia goreng hingga rata.
bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara

1 comment:

  1. sedapnya! teringin nak buat sendiri. cuma tak berapa cukup rajin lagi...

    ReplyDelete