Friday, February 3, 2012

NASI MINYAK JUS OREN


ase ari jumaat je... suka masak set nasi ni... akak rasa "rasa" nasinya .. sama seakan dengan nasi dari grop Rakan Kenduri akak di sini... tapi rakan kenduri akak tu biasalah masak banyak banyak sehingga 15kg dalam sekawah.. nak lihat resepi di sini.. bahan bahan pun x jauh beza sangatkan... untuk resepi di bawah ni hanya sesuai untuk sekuarga je..
ape ape pun terimakasih sangat pada ros kerana resepi inilah akak dapat menyediakan menu di hari jumaat yang mulia ini untuk dihidangkan khas buat my hubby tercinta.. harap selepas balik sembahyang jumaat nanti kita makan sesama ye..


RESIPI NASI MINYAK JUS OREN

bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan


Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

5 comments:

  1. akk...nasi tu kaler kuning dr jus oren yer, ke akk tambah pewarna kuning?..nmpk best la nasi ni, lauk tu pun mengancam gak...hihihihi

    ReplyDelete
  2. salam k.norlie..ha'ah adik atie ada sorang dok bandar U tu tp masa atie dtg semlm kesana,masing2 keje suami isteri.

    ReplyDelete
  3. nasi ni.....WOW~! tengok saja pon mcm dh terbau2 aromanya...

    ReplyDelete
  4. teringin pulak saya nak rasa nasi ni kaknorlie...:)

    ReplyDelete