Wednesday, February 22, 2012

TART TELUR


akibat terlebih 'R' semalam akak telah membuat 3 jenis pastry n kek (semua dah letak dalam blog ni..) huhuhu... nilah kalau dah ada keinginan.. ape pun yang kita buat semua boleh tapi..
kalau dah terjangkit virus 'M' ada masa pun kata x de masa... padahal masa tu semuanya dihabiskan untuk mengintai rumah kengkawan di sini... ekekeke... (malunya..)


TART TELUR
rakan fb

PASTRY:
250g mentega
120 g gula icing
1 biji telur A
240 g tepung gandum

pukul mentega dan gula icing hingga berkrim.
masukkan telur dan putar lagi.
kemudian masukkan tepung, gaul hingga sebati.
sediakan acuan tart yang telah bergris.
masukkan adunan pastry leperkan dari tengah hingga ke luar / tepi acuan.
potong dengan pisau jika ade terlebih adunan di sekeliling acuan tart supaya ia nampak rata dan cantik.
cucuk dengan garpu pada pastry.
bakar 180 selama 15-20 minit.

sementara menunggu masak jom kita buat fillingnya...

FILLING:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula castor
1 cawan air
1 sb tepung kastad
1/2 st esen vanila
sedikit pewarna kuning

gaul sebati dan tuangkan dalam tart yang sudah siap di bakar.
bakar selama 10minit @ hingga masak.

3 comments:

  1. Waa..bestnya kat sini..ada tat telo..nak2..

    ReplyDelete
  2. salam kak norlie,
    nmpk sedap tat telo tu. kuat tak bau telonya?
    apa punya soalan da....:D

    ReplyDelete
  3. bestnya...akak pandai buat tart jugak ye..saya ni tak tau la bila nak cuba...resepi dah pelbagai di salin...hehehhe

    ReplyDelete