Thursday, March 15, 2012

CHOCOLATE CHEESE MUFFIN


muffin ni anak teruna yang request.. dia nakkan muffin jadi akak buatlah muffin ni.. anak sebenarnya nakkan muffin yang ada perisa strawberry.. tapi akak buat serba sikit pelbagai rasa.. gambar di atas ni ikut resepi asal tapi... entahla.. cam x serupa je.. hehehe nilah akibat derhaka... mungkin juga akak ni malas hanya cincang kasar kasar je cooking chocolate tu.. gitu juga dengan cheddar terlebih kut.. hantam je la labu... janji anak kata sedap! hehehe..

CHOCOLATE CHEESE MUFFIN

Bahan-bahan ( 12 muffin )

250g tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
60g dark cooking chocolate,disagat
80g cheddar cheese,disagat
150ml susu segar
150ml minyak masak
140g gula kastor
3 biji telur gred B
secubit garam
1/2 sudu teh esen vanila


Cara-cara

Telur,esen vanila,garam disatukan,kemudian pukul ringan hingga rata.
Satukan minyak masak,susu segar,gula kastor dan adunan telur tadi,gaul hingga gula larut.
Ayak tepung gandum,serbuk penaik ke dalam adunan telur,kaup balikkan hingga rata tapi masih kelihatan berketul (jangan terlebih gaul kerana boleh menyebabkan muffin keras).

Sediakan tin muffin yang dialas dengan cawan kertas.Tuangkan 1/2 sudu makan adunan,beri sedikit keju,kemudian tutup lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.Tabur sedikit keju dan coklat di permukaan atas.

Bakar muffin selama 25 minit pada suhu 175'C.
Pesan:Panaskan terlebih dulu oven selama 15 minit pada suhu 175'C sebelum membakar muffin.
~~~~~~~~~~~
** gambar di bawah ni akibat derhaka pada resepi asalnya.. maaf yer.. tuan punya resepi ni...
ini anak teruna yang request guna pes strawberry + coklat & cheddar

yang ni pula guna pes blueberry.. + coklat & cheddar

akibat derhaka.. buruk semuanya... ya ampuuuuunn.. hehehe

2 comments:

  1. kak norlie, kombinasi cheese ngan coklat. sedap! tp cheddar tu bukan masin ke kak?

    ReplyDelete
  2. Salam Norlie...
    wah..siap buat muffin lagi ek...haaa len kali kena sagat coklat masakan tu ye..agar elok kejadiannya,tapi yg penting sedap kan..hehe..mekasih sudi mencuba..

    ReplyDelete