Tuesday, March 20, 2012

PENANG CHAR KUEY TIAW


mai.. mai.. maiii... makan char kuey tiaw... nak yang biasa ke atau nak udang banjir.. habaq ja.... ok...
rasa dulu.... lepas makan kita kira ya... hahahaha...
rasa rasa boleh niaga x char kuey tiaw ni...? uuppp.. senang bangat buatnya.. makan pun sedap!!

dulu akak pernah masak cara char kuey tiaw ni.. dah siap masak.. akak p hantaq umah kengkawan... x lama tu siap dapat mesej.. dia kata sedap sangat macam kedai...!!( kembang sekejab hati...) tapi dia kata kenapa hantaq sikit sangat?.. x cukup depa nak makan sekeluarga! sebab depa x masak malam tu... huhuhu.... amboiiii.. ayat ni yang x mau dengaq ni.. heheheh.. dah la kita p hantaq.. nak suruh rasa ja.. dorang pulak dok suruh tamu satu keluarga...!! hehehe.. akak tau depa dok gurau ja tu.. akak jawablah... kalau dah rasa sedap.. dan nak banyak.. ape lagi x reti reti nak oder.. sebesen pun boleh buat, tu saja nak promosi ja... hahahaha.. 


hai... apa loghat yang cakap ni... muahahaha... rupanya bila makan Penang char Kuey Tiaw ni loghat pun berubah sama... selen utara nooo... x pa.. somi cek pun orang sebelah utara jugak.. setakat cakap sikit sikit tu.. besa dah..
OK.. jom kita p tengok resepinya...

RESIPI PENANG CHAR KUEY TIAW


Bahan-bahan ( 2-4 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 kiub pati ikan bilis
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk) *akak guna sos tiram
1 sk gula

* UTK MEE *
300gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang / udang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

UTK PASTE-
Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.
Campurkan semua bahan utk paste dgn air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.




TIPS DARI KAK RAHMAH
ram said...
Salam 1 Malaysia sumua :)

Sapa nak makan cha koi teow sedap ala-ala penang ori punya mai kak rahmah ajaq, semua mau kena cara baru dia sedap, xleh silap sikit na!

Mau ada

1. Gas regulator yang bulih ejas gas bagi banyak (api besaq)
2. Kuali kawah 13-14 inci yang ada tangkai kayu/plastik baguih lagi

Cara goreng (sepinggan saja sekali goreng baru syok)

1. Pasang api besaq, Masuk minyak sikit (2-3 sudu)
2. Dah cukup panaih masuk udang besaq 2-3 ekoq (goreng sesedap rasa)
3. Agak2 udang da ok, ketepikan sikit udang tu, buang sikit minyak sampai tinggai 1 sudu (tak mau buang pun xpa ikut suka hangpa)
4. Masuk [b]cabai mesin[/b] setengah cawan (tang ni kena jaga takut tebakaq bulu-bulu hangpa, api naik tinggi woo)
5. Masuk kerang sejemput kecik, toge sejemput besaq, kucai sejemput haluih, kacau bagi cabai masak n sebati ngan bahan2 tadi
6. Masuk la pulak sejemput koteaw, pakai yang haluih (yg depa buat koteaw sup tu) lagi ok, kacau lagi sambe2 katoq kuali ngan sudit tu bagi gempaq sikit weh
7. Bagi bahan2 tu tepi ckit, pecah teloq sebiji, jangan lupa basuh dulu nanti x lalu abe nk makan, cepat-cepat boh [b]kicap koteau special[/b] secawan sambe kacau teloq bagi sebati ngan kicap koteau tadi (nak kuah lebih tarok lebih, nak kerin bagi kureng lar kicap tu)
8. Jangan biaq lama (berapa saat), dah mesra kicap ngan teloq, hangpa padam api

Masuk pinggan dah bulih pekena chakoteau penang punya

KOMEN KAK RAHMAH LAGI

Sebenaqnya nak goreng cakotiau ni x susah, laki kak rahmah yang tak penah pegang suditpun dah pakaq masak cakotiau la ni, Rahsia sedap x sedap cakotiau ni letak kat kicap/sos dia. Kak rahmah buat sendiri kicap cakotiau dengan cabai sekali, insyaAllah bukan nak sombong tapi buleh la saing dengan hat kat matang pauh ka bukit mentajam ka sungai dua ka insyaAllah buleh cuba.

Sapa-sapa nak cuba kicap cakotiau kak rahmah bulih hubungi kak rahmah di 013-7790417 (kak rahmah prefer sms na), yang nak meniaga dialu-alukan


9 comments:

  1. asslam kak norlie..
    waduh pckt ni nampk sedap sanagt..aduh goreng basah2 macam ni kecur nya kita tengok..nasi lemak kat bawah tu pun aduhai..lemah lutut ni kak..semuanya sedap2 kak..nakkkkk

    ReplyDelete
  2. Aduh! Menggodanya.. Bak mai sebesen kak. Hehe..

    ReplyDelete
  3. as-salam
    wahh!! sedapnye suka yg basah2 macam ni...

    ReplyDelete
  4. perggghhh, meleleh dah ayaq liuq cheq ni...bak mai sepiring...

    ReplyDelete
  5. perhhh... meleleh air liur..uhuh

    ReplyDelete
  6. wa.. teliurnya tengok.memang kegemaran.

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak norlie..sebijik rupa kedai ni kak....hehehhe

    ReplyDelete
  8. Kita datang nih... nak dua2...biasa dengan yang banjir punya... ha ha ha besarnya tembolok ye...

    ReplyDelete
  9. adoii..kami nak banjir udang 1...:)

    ReplyDelete