Tuesday, May 8, 2012

IKAN SOS TIRAM


Sebenarnya ini masakan akak main campak campak je ni.. time ketandusan ideal.. tapi mulut nak makan yang sedap sedap gak... hehehe.. maka tecetus ideal nak try ubah sikit dari masakan sweet sour tu...


jenuh jugak akak memikir ikan ni sedap nak masak ape... untuk tidak membuang masa akak taburkan garam kunyit dan terus goreng.. semasa menggoreng akak terus sediakan bawang,halia dan cili.. kemudian akak terpandang ada sos riram dan sos black pepper.... maka inilah hasilnya.. ermmm sedap tau..


RESIPI IKAN SOS TIRAM

1 ekor ikan dibersihkan, tabur garam kunyit lalu digoreng dan ketepikan.(sebarang ikan)
1/2 biji bawang besar - didadu
2 biji bawang putih - didadu
sedikit halia - dadukan
cili api - potong kasar kasar
1/2 biji tomato - dadu
2 sb sos tiram 
1 sos black pepper
1 biji bawang besar potong bulat
sedikit perahan limau
daun limau purut - koyakkan
sedikit gula
sedikit garam
sedikit minyak


panaskan sedikit minyak
tumiskan bawang dan halia hingga wangi
masukkan tomato dan cili api, kacau sebati
masukkan sos tiram dan sos black pepper dan bawang bulat jika perlu masukkan sedikit air.
masukkan sedikit perahan air limau, daun limau purut gula dan garam gaul hingga sebati
masukkan ikan balik balikkan sekejab dan angkat @ boleh siram ats ikan.
sedia untuk dihidangkan

2 comments:

  1. Salam kak Norlie...
    pepagi dtg sini tgk ikan sos tiram
    kecur plak hehehe menggancam!!! :P

    ReplyDelete
  2. salam kak norlie.. masakan yg ringkas2 ni laa yg lg berselera biasanya =)

    ReplyDelete