Monday, May 14, 2012

SAMBUTAN HARI IBU BERSAMA JIRAN WANITA/KRT



sebelum menjelang sambutan hari ibu minggu lepas akak agak sibuk sikit menguruskan aktiviti di tempat akak sehingga akak x cukup masa nk mengadap lappy.. kalau mengadap pun hanya sekejab je kat fb..
jiran wanita telah membuat satu pertandingan sempena hari ibu pada hari sabtu lepas biarpun sederhana tapi amat meriah dengan sambutan rakan setaman.. acara ini berjalan secara indoor iaitu di dalam dewan dengan di hadiri ke semuanya kaum ibu ibu serta kanak kanak sahaja


pertandingan masakan
* gulai tempoyak ikan patin
* kuih muih
* bihun dan mee goreng


pertandingan jambangan bunga


pertandingan membawa lilin menyala
semangat keibuan yang membara.. tengok di hujung sana seorang mak buyung 7 bulan pun masuk pertandingan bawa lilin... semangat Buuu...


pertandingan mengupas apple terpanjang
masa mengupas semuanya duduk... kononnya x mau goyang.. takut terputus.. hehehe


pertandingan talian kasih
semangat keibuan masih kuat.. wp masuk pertandingan tapi tetap meriba si anak.. tahniah kat ibu ni..


pertandingan batu seremban
* oleh kerana kebanyakkan ibu ibu pelbagai umur jadi kebanyakkan acara semuanya duduk santai.. adil bagi semua peringkat umur.. x perlu berlari larikan... nanti penat sebab JW x sediakan ambulan ye ibu ibu.. hehehe


pertandingan mewarna kaum ibu ibu...
rupanya susah juga sebab dah lama x jadi budak budak.. hehehe


yang syoknya pelbagai ragam ketika ibu ibu mewarna
ada yang seperti nak merangkak dan ada yang terus meniarap.. hehehe
masa 1/2 jam shj..


pertandingn musang berjanggut

bahan bahannya adalah: (waaa.. ada 10 jenis bahan ni)
1 kg beras
1/2 kg bawang kecil
1/2 kilo bawang putih
RM 1.00 cili kering
1 peket kulit kayu manis
1 peket bunga lawang
1 peket buah pelaga
1 peket bunga cengkih
1 peket buah keras
1 peket buah ketumbar

untuk 10 grop( 1 grop 3 orang)



bahan yang telah di asingkan
kumpulan yang berjaya mengasingkan semua adalah johan.. di offerkan kawin dengan anak raja.. hehehe tapi sapa yang nak semuanya dah mak dara belaka..


kek coklat hari ibu


BROWNISE LAPIS CHEESE KUKUS - akak yang buat


PANDAN LAYER CAKE - akak yang buat
tapi tulisan fondant kat atas kek tu agak cair kerana kek telah di bawa dari pagi ke dewan


kek yang telah dipotong


jamuan layan diri


 acara kanak kanak 6th ke bawah - minum air ais guna straw


 acara kanak kanak 7th ke atas - rebut kerusi


 acara kanak kanak merebut gula gula 2 kategori
* 6th ke bawah
* 12th ke bawah


sebahagian dari hadiah yang di sponsor oleh YB Nizar Zakaria dan pengerusi KRT en Mustafa Mohamad

2 comments:

  1. Salam Kak Norlie.. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh seronoknya!!!! nak join! nak join!!! semua ibu-ibu belaka best betull.. terlopong ni sambil scroll down bestnya!!! best!! wahh terover sudah ni hehehhee

    ReplyDelete
  2. Hi kak Norlie, Happy Mother's day. Kek pandan dan brownies sedapppp best.
    Have a nice day, regards.

    ReplyDelete