Monday, July 30, 2012

BERBUKA PUASA DAN MOREH JW/KRT SECARA GOTONG ROYONG


buat secara bergotong royong


 4 kg tepung untuk kuih karipap (dibancuh oleh puan Zaitun U8)
* INTI: (dibuat oleh puan Azian U12)
- 5kg ubi keledek, 1 1/2kg udang, 2 kampit besar serbuk kari, 1 ikat daun sup


- 20 peket mee goreng (2 ekor ayam, 3 peket fish cake, 1 biji kubis besar, 4 ikat besar sawi 1/2 botol besar kicap mee, 1kg sos cili, 1 kg sos tiram sedikit bawang dan bawang putih 2 labu serta cili merah sebagai hiasan (dimasak oleh puan Mazlina Hat U10)


- 5 peket agar agar serbuk untuk lengkong kuning (dimasak oleh puan Khamisah U8)

- 1 kg tepung talam (dapat 3 loyang besar) dan 1 kg santan (dibuat oleh puan Norasmawati U7)


JW bergotong rotong membuat juadah moreh (selepas terawih)


gotong royong bermula 9pagi


jemputan YB Nizar Zakaria dan pegawai Perpaduan


ketering:
ayam masak kurma
- sayur pecal
- ikan goreng
- ulam ulaman
- sambal belacan
- ikan masin
- nasi putih
* AIR:
- teh
- kopi O
- air oren


selepas berbuka di surau Al-Ikhlas Bandar U
waktu menunggu isya dan terawih


hidangan moreh selepas terawih

Friday, July 20, 2012

PERKARA PAERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BULAN PUASA


PERKARA-PERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BERPUASA

1) Lambatkan bersahur.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Bersahurlah walau dengan seteguk air. Dalam bersahur itu ada berkatnya."
Sebaik-baik makan sahur ialah yang dilambatkan iaitu hampir kepada waktu imsak kira-kira 15 minit sebelumnya. Jika telah bersahur awal, minumlah air walau seteguk sejurus sebelum imsak.

2) Segerakan berbuka.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Selagi lambatkan bersahur, cepatkan berbuka, umatku sentiasa berada di dalam kebajikan."
Sebaik-baik sahaja masuk waktu Maghrib teruslah berbuka. Adalah haram hukumnya jika sengaja melambatkan berbuka apabila sudah diketahui waktu Maghrib sudah pun masuk. Puasa wasal iaitu puasa yang tiada berbuka hukumnya adalah haram.

3) Berbuka dengan 3 biji kurma.
Mengikut amalan Rasulullah saw. adalah baik memulakan buka dengan memakan buah kurma dan sebaik-baiknya makanlah 3 biji. Buah kurma banyak khasiatnya dan adalah baik untuk perut yang telah kosong sepanjang hari kerana ia memberi tenaga untuk mengerjakan sembahyang selepas berbuka.

4) Berbuka dengan makanan yang manis.
Adalah baik untuk berbuka dengan makanan yang manis seperti buah-buahan. Makanan manis akan mengembalikan tenaga kepada tubuh kita.

5) Melafazkan niat berbuka.
Melafaskan niat ketika berbuka dengan lidah adalah disunatkan dan dapat pahala.

6) Baca doa berbuka.
Doa berbuka adalah sunat dibaca selepas makan dan minum sedikit bukan sebelumnya. Doa selepas berbuka adalah mustajab.

7) Banyakkan baca al-Quran, berzikir dan berdoa.
Bulan Ramadan dibahagi kepada 3 bahagian.
10 hari pertama diberi Rahmat.
10 hari kedua diberi Pengampunan.
10 hari ketiga diberi pembebasan dari api neraka.
Maka banyakkanlah bezikir dan berdoa memohon Rahmat, Pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Pada malam Ramadan banyaklah membaca al-Quran kerana ia diturunkan pada bulan yang suci ini.

8) Banyakkan bersedekah.
Bersedekah bukanlah sekadar memberi wang kepada yang memerlukan. Memberi makanan kepada sesama manusia juga adalah sedekah yang digalakkan. Dan memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah besara pahalanya.

Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Lindungilah diri mu dari api neraka walau dengan sebiji kurma."
Ertinya sedekah yang ikhlas walau sedikit sekalipun akan menyelamatkan kita dari api neraka kerana besarnya pahala yang akan diberi.

Adalah disunatkan kepada suami supaya memberi belanja yang lebih kepada isterinya di dalam bulan puasa dan ia akan dianggap sebagai sedekah juga.

9) Mandi wajib sebelum terbit fajar.
Mandi wajib setelah terbit fajar adalah dibolehkan dan orang itu tetap boleh meneruskan puasanya. Tetapi sebaiknya mandilah sebelum terbit fajar kerana ia disunatkan.

10) Tinggalkan perkara-perkara yang merosakkan puasa.
Tinggalkan perkara-perkara atau kata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia akan mendapat pahala dari ALLAH swt. disamping pahala puasa fardu itu sendiri.

11) Banyakkan amal ibadah sunat.
Satu ibadah sunat dalam Ramadan = satu fardu bulan lain.
Satu fardu dalam Ramadan = 70 fardu bulan lain.
Umrah dalam Ramadan = haji bersama Nabi saw saw.
Maka perbanyakkanlah amal ibadah sepanjang bulan yang berkat ini seperti sembahyang terawih dan witir.

FADHILAT / KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH


‎~Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Tarawih~

Malam pertama
Diampunkan dosa dosa orang yang bersembayang tarawih seperti bayi yang baru dilahirkan.

Malam kedua
Diampunkan dosa orang yang berterawih dan dosa dosa kedua ibu bapanya

Malam ketiga
Para malaikat di bawah Arasy menyeru umat manusia supaya terus berterawaih pada malam berikutnya, dan memohon supaya diampunkan dosa dosa mereka.

Malam Keempat
Pahala orang yang berterawih sama seperti orang yang membaca kitab kitab Injil, Zabur, Taurat dan Al Quran.

Malam Kelima
Pahala orang yang berterawih sama seperti dia bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya

Malam keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Thursday, July 19, 2012

AYAM MASAK RECYCLE.. hehehe


asalnya masakan ni adalah ayam masak merah biasa je tapi akak recycle semula masakan ni pada malam harinya sebab sambal masak merahnya dah habis... yang tinggal hanya tiga ketul ayam je.. sayang pulak akak lihat ayam ni.. kalau x di upgradekan alamat jadi habuan cik tonglah jawabnya.. kebetulan pulak malamnya dah x de ape nak makan.. jadi untuk elakkan membazir akak tokok tambahlah jadilah masakan seperti dalam gambar ni.. ermm... menarik jugak bila akak lihat gambar ni.. bukan sekadar gambarnya saja malah makan pun sodap!


oleh kerana lebihan ayam masak merah tu.. akak x de nama yang kusus untuk masakan ni ye.. sebab masak main bedal je... kasi hantam sama dia... hehehe...


RESIPI AYAM MASAK MERAH RECYCLE

3 ketul ayam masak merah( yang kehabisan ramuan sambal sosnya / ayam lebihan)
1/2 biji bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili api - ketuk
sedikit cili sos
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit minyak tumis
hiasan:
1/ 2 biji tomato - potong baji
1/2 biji bawang besar - potong bulat

panaskan minyak tumiskan bawang yang di dadu bersama bawang putih
masukkan semua sos, ayamcili api, tomato dan bawang besar. gaulkan semuanya.
rasa garamnya. angkat

KERANG GORENG TOMTAM


tekak ni sebenarnya masih x berapa terima nak makan itu ini.. nak makan yang simple simple je.. lastnya malas nk fikir banyak akak masak yang ni je.. 
harap harap selera akak akak pulih segera sebab tinggal sehari je lagi kita nak berpuasa..



RESIPI KERANG GORENG TOMYAM

1 kg kerang - bersih
1/2 biji bawang - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1 sb serbuk cili
1 batang serai - titik
1/2 kiub tomyam
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
sedikit air - jika perlu
garam
gula
sedikit minyak tumis
3-4 helai daun limau purut -koyakkan
cili api - belah x putus -nak pedas pecah pecahkan
1/2 biji bawang besar - potong bulat




panaskan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukkan serai.
masukkan serbuk cili dan kiub tomyam bersama sedikit air, kemudian masukkan kerang. kacau rata.
masukkan kedua dua sos, daun limau purut, cili api dan bawang bulat dan gaul rata.
akhir sekali masukkan garam dan gula. gaul rata. siap.

DAGING TETEL ASAM PEDAS


Assalamualaikum semua.. akak ni baru je sihat dari deman.. agaknya demam buah haritu.. tu la makan sampai x ingat... akibatnya terus x de selera nak makan... Alhamdulillah baru hari ni tenaga akak beransur pulih... 
sebenar masakan ni akak masak pada hari yang akak dapat demam tu... tengahari tu sempatlah akak masakkan masakan kegemaran tapi masa tu selera dah kurang, loya pun dah datang.. terus hilang selera sebab akak x dapat membezakan rasa di lidah.. akak langsung x jamah.. ape nak buat.. wp suami akak setia dok perangat kuah kegemaran ni.. kut sangkakan akak terbuka selera...



RESIPI ASAM PEDAS MELAKA

600g daging tetel - rebus empuk terlebih dahulu
1 batang serai - diketuk
1/2 sm asam jawa + 400ml air
1 sb puri tomato - akak guna tomato sos
100 ml minyak
1 sm gula
sedikit garam
sedikit belacan
sedikit daun kesum(akak tukar daun limau purut sebab x de stok)
1 kuntum bunga kantan - belah 4(xde stok)
sepotong lengkuas - di ketuk

kisar:
15-20 tangkai cili kering - rendam
3 sm kelapa parut - di goreng keemasan (tumbuk kasar)
1 st jintan manis } di sangai dan di tumbuk
 1 st jintan putih }
5 biji bawang merah
3 bawang putih




panaskan minyak.
masukkan serai dan lengkuas.
tumiskan bahan kisar hingga kering dan terbit minyak.
campur air asam jawa, puri tomato,ikan, daun kesum, gula garam, belacan.

* kuahnya mesti sama paras ikan. jangan terlalu cair.

Friday, July 13, 2012

SAMBAL TEMPOYAK MASAK


inilah hasil musim durian yang baru ni.. kakak angkat beri durian... terlalu banyak akak pun buatkan stok tempoyak...
kalau di tempat akak tempoyak yang dimasak cara begini di panggil sambal tempoyak masak


RESIPI SAMBAL TEMPOYAK MASAK

2 cawan tempoyak
2 batang serai - di hiris halus dan di tumbuk
2 biji bawang merah - di tumbuk
2 helai daun kunyit - di mayang halus halus.
1/2 cawan ikan bilis - tumbuk x lumat
1/2 cawan udang segar kecil (udang kertas)
air secukupnya
serbuk kunyit
garam
gula (x perlu gula sebab guna tempoyak masak)

masukkan ke semua bahan kecuali daun kunyit ke dalam periuk/ kuali.
masaklah dengan api yang sederhana hendaklah di kacau selalu takut hangit.
masaklah sehingga ia seakan meletup dan perlahankan api dan masukkan daun kunyit dan kacau sekejab lagi.
rasa masam manis masinnya.

*jika tempoyak lama (masam) tambah gula.
*boleh juga diletak daun limau purut ketika memasak - jika suka

REZEKI dari kakak angkat


kakak angkat, kak Imah call suh datang umah dia secepat mungkin.. dia kata durian banyak sangat kat umah dia.. x sangkalah dapat sebegini rupa banyaknya... bersyukur sangat sangat dapat kakak angkat yang ku kenal dari sebelum berkahwin hingga kini dan harap buat selamanya.. hampir 30 tahun kami kenal..
durian yang sebanyak ni dapat juga buat stok tempoyak untuk makan dibulan pose nanti.. akak dapat 3 balang nescafe besar dan lebihan tu akak buat sambal tempoyak masak.. ermmm cukup selera...



dapat manggis wp x dapat simpan lama takut kematu sebab buah ni di jolok dengan galah je..


dapat merasa buah rambutan yang sedap..


juga dapat serai... aiii rasa betul betul baru balik dari kebun.. penuh bonet kete masa tu..


kenal buah yang cantik ni.... buah asam gelugur


balik umah sempat juga akak hiris hiriskan untuk dijemur.. kalau lambat buat nanti takut buah busuk..


keesokkannya dapat lagi sekotak buah durian darinya.. aduhai.. habis peti ais akak berbau harum durian... hinggakan anak kata Pening la mama.... hehehe

di bawah ni sempat juga akak makan pulut durian untuk melepaskan kempunan yang amat sangat hahaha....
nak wat canekan.. ate.. udah suke bebenor....


sebahagian dari pisang yang diberi..


belimbing buluh... ada juga akak buat rebus hingga hitam... nak simpan stok juga... tapi lupa ambil gambarnya.. x tau bilalah nak dapat makan sambal hitam Pahang tu...


daun kunyit yang lebar 


 pucuk ubi.. akak rebus buat cicah sambal belacan je..x sempat nak buat masak lain... sebab banyak benda nak buat..

lastnya hari ni rasa badan nak demam sebab makan durian banyakkkkk.... huhuhu....

Thursday, July 12, 2012

JELLY PUDING KASTAD


cuaca sekejab panas sekejab terik ni.. huhuhu.. x dapat menahan kehausan.... mujur stok memang ade kat umah ni.. ape lagi... inilah hasilnya yang ringkas dan sedap makan sejuk...


JELLY PUDING KASTAD
cha

bahan2
jelly secukupnya ( warna warni dalam bekas plastik)
pudding  secukupnya
nata de coco - pun boleh (ikut suka)

utk sos custard
1 tin susu cair
3 ke 4 sd makan tepung custard di larutkan dgn 1 tin air (tin susu)
3/4 cwn  ke 1 cwn gula
air dr nata de coco / cocktail fruit
1 sdK esen vanila

sediakan bekas dadih yang tinggi secukupnya.

cara2
masak semuanya hingga sedikit pekat..
(kaedah mcm sos ler kan xde pekat xde cair sngt)
sejukkan sebentar
then baru tuangkan ke atas jelly, pudding, nata de coco & cocktails fruits tadi...
****klu kurang pekat bole lah tmbhkan bancuhan tpg custard.

sedappppp...


Ahhhhh... Nyaman tekakku.....

AYAM BLACK PAPPER


sebenarnya masakan ini adalah masakan n3 yang lepas.. agak kelewatan bersiaran kerana kesibukan balik ke kampung dan merehatkan diri.. hehehe lebih kata lain rehatkan minda...


RESIPI AYAM BLACK PAPPER

1/2 ekor ayam
5 utai kacang panjang - patah/kerat
1 biji kentang bersaiz besar - potong baji, goreng garam kunyit dan ketepikan.
1/2 biji karat - potong mancis/ panjang
2 biji bawang besar - tumbuk lumat
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
5-8 tangkai cili api - belah x putus
1 biji bawang besar - potong bulat
2 sb sos lada hitam
sedikit sos tiram 
sedikit kicap
garam secukupnya
sedikit minyak tumis


panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
masukkan ayam dan goreng hingga masak.
setelah empuk masukkan kentang goreng tadi, karat bersama kacang panjang. gaul rata.
renjiskan sedikit kicap, sos lada hitam,sedikit sos tiram dan garam secukupnya.
terus masukkan bawang bulat serta cili api. gaul rata.
siap