Friday, July 20, 2012
PERKARA PAERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BULAN PUASA
PERKARA-PERKARA YANG DISUNATKAN DALAM BERPUASA
1) Lambatkan bersahur.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Bersahurlah walau dengan seteguk air. Dalam bersahur itu ada berkatnya."
Sebaik-baik makan sahur ialah yang dilambatkan iaitu hampir kepada waktu imsak kira-kira 15 minit sebelumnya. Jika telah bersahur awal, minumlah air walau seteguk sejurus sebelum imsak.
2) Segerakan berbuka.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Selagi lambatkan bersahur, cepatkan berbuka, umatku sentiasa berada di dalam kebajikan."
Sebaik-baik sahaja masuk waktu Maghrib teruslah berbuka. Adalah haram hukumnya jika sengaja melambatkan berbuka apabila sudah diketahui waktu Maghrib sudah pun masuk. Puasa wasal iaitu puasa yang tiada berbuka hukumnya adalah haram.
3) Berbuka dengan 3 biji kurma.
Mengikut amalan Rasulullah saw. adalah baik memulakan buka dengan memakan buah kurma dan sebaik-baiknya makanlah 3 biji. Buah kurma banyak khasiatnya dan adalah baik untuk perut yang telah kosong sepanjang hari kerana ia memberi tenaga untuk mengerjakan sembahyang selepas berbuka.
4) Berbuka dengan makanan yang manis.
Adalah baik untuk berbuka dengan makanan yang manis seperti buah-buahan. Makanan manis akan mengembalikan tenaga kepada tubuh kita.
5) Melafazkan niat berbuka.
Melafaskan niat ketika berbuka dengan lidah adalah disunatkan dan dapat pahala.
6) Baca doa berbuka.
Doa berbuka adalah sunat dibaca selepas makan dan minum sedikit bukan sebelumnya. Doa selepas berbuka adalah mustajab.
7) Banyakkan baca al-Quran, berzikir dan berdoa.
Bulan Ramadan dibahagi kepada 3 bahagian.
10 hari pertama diberi Rahmat.
10 hari kedua diberi Pengampunan.
10 hari ketiga diberi pembebasan dari api neraka.
Maka banyakkanlah bezikir dan berdoa memohon Rahmat, Pengampunan dan pembebasan dari api neraka. Pada malam Ramadan banyaklah membaca al-Quran kerana ia diturunkan pada bulan yang suci ini.
8) Banyakkan bersedekah.
Bersedekah bukanlah sekadar memberi wang kepada yang memerlukan. Memberi makanan kepada sesama manusia juga adalah sedekah yang digalakkan. Dan memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah besara pahalanya.
Dari hadith Rasulullah saw. yang bermaksud, "Lindungilah diri mu dari api neraka walau dengan sebiji kurma."
Ertinya sedekah yang ikhlas walau sedikit sekalipun akan menyelamatkan kita dari api neraka kerana besarnya pahala yang akan diberi.
Adalah disunatkan kepada suami supaya memberi belanja yang lebih kepada isterinya di dalam bulan puasa dan ia akan dianggap sebagai sedekah juga.
9) Mandi wajib sebelum terbit fajar.
Mandi wajib setelah terbit fajar adalah dibolehkan dan orang itu tetap boleh meneruskan puasanya. Tetapi sebaiknya mandilah sebelum terbit fajar kerana ia disunatkan.
10) Tinggalkan perkara-perkara yang merosakkan puasa.
Tinggalkan perkara-perkara atau kata-kata yang tidak berfaedah dan sia-sia akan mendapat pahala dari ALLAH swt. disamping pahala puasa fardu itu sendiri.
11) Banyakkan amal ibadah sunat.
Satu ibadah sunat dalam Ramadan = satu fardu bulan lain.
Satu fardu dalam Ramadan = 70 fardu bulan lain.
Umrah dalam Ramadan = haji bersama Nabi saw saw.
Maka perbanyakkanlah amal ibadah sepanjang bulan yang berkat ini seperti sembahyang terawih dan witir.
No comments:
Post a Comment