Monday, September 3, 2012

KEK BATIK COKLAT BERAGAR AGAR


sebenarnya banyak projek gambar gambar masa bulan ramadhan dulu x dapat di ke udarakan di sebabkan keadaan yang yang tidak mengizinkan sebab banyak menerima tempahan biskut.. selepas raya pula agak bizi juga dengan jemputan, kunjung balas serta open house.. sehingga akak buat dua, tiga kali open house di rumah sendiri berdasarkan rakan rakan yang berlainan grop.. untuk sanak saudara satu grop, grop ke dua adalah dari rakan rakan anak ketika dibangku sekolah yang pulang bercuti beraya bersama keluarga masing masing, grop jiran tetangga serta Jiran Wanita KRT juga perlu di utamakan.. sebab tanpa rakan rakan tiadalah aktiviti setempat di tempat kami dan juga grop rakan sekuliah anak Building Serveying yang telah memulakan kuliahnya kembali.. kena di raikan juga sebab rumah akak x jauh dengan UiTM Seri Iskandar kebetulan tempat salah seorang anak kembar akak belajar di sini... jadi akak jemputlah rakan anak sama belajar..openhouse...
yang belum sempat akak raikan adalah rakan rakan hubby grop Surau Al-Ikhlas, dan grop Rakan Kenduri serta rakan pejabat hubby.. nampaknya buat open house kat pejabatlah jawabnya... waaaa.. ramai lagi rupanya...tu...


KEK BATIK COKLAT BERAGAR - AGAR
Resepi : mylla@myresepi.com
Idea : Noorsha
Sumber : Izahdaut dan HaSue
ambil dari Mas

Bahan :
2/3 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g) - hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit


Cara :
Sediakan Loyang yang dialas plastik bersih ( tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya ).
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair. * kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
* boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat ( adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal) , boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...

Nota :
untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak...
    1st time tengok resepi ni. nampak bebeno saya dah tertinggal kapal terbang sekarang ni.

    ReplyDelete