Thursday, October 4, 2012

BURGER BLACK PEPPER


sekarang anak anak dah berkumpul di rumah sebab sedang study week... jadi akak mulalah mereka apa masakan yang sedap dan yang paling mereka suka.. tarraaaaaaaaaa....kompom pastinya daging burgerlah yang paling diminati oleh mereka....
mamanya kena brek brek sikit... hehehe.. alahai mama jangan kempunan tau... (kena ingatkan pada diri sendiri... takut jugak putus mata timbang!)


RESIPI BURGER BLACK PEPPER

8 keping daging burger - potong ikut suka - goreng sekejab
bawang besar - cincang
bawang putih - cincang
1 biji tomato - potong baji
beberapa cili api - potong x putus
1 sb black pepper sauce
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
gula garam dan sedikit gula
1/2 biji bawang besar - potong 1/2 bulat
sedikit bijian lada hitam hancur
2-3 sb minyak tumis


panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga wangi.
masukkan semua sos, daging burger, tomato, bawang besar, cili api gaul rata.
masukkan garam gula,
akhir sekali taburkan bijian lada hitam dan angkat.

6 comments:

  1. Asslmkum kak! Menu simple mcm ni la yg sedap tau. . :D

    ReplyDelete
  2. betul cakap ibh-sue tu...pasti btmbah nasi dipinggan...nyum2

    ReplyDelete
  3. Good idea, cepat jer siap ni kan.... I like.

    ReplyDelete
  4. yeay..! dah jumpa menu best utk berbuka harini,,thanks Norlie (",)
    Jemput singgah blog sy @ cnarvitamin.blogspot.com
    (new blogger)

    ReplyDelete
  5. Sdp nie.. Balik kerja dh blh cube

    ReplyDelete