gambar x jelas... sikit sebab akak ambil ketika masih panas panas lagi.. dah tiba time makan.. jadi dah x boleh nak tunggu tunggu sejuk sikit... anak kata cepat sikit ma.. nanti kalau sup dah sejuk x kick...
teringat akak kat gambar kartun ni... memang kartun ni dituju khas buat rakan rakan blogger masak.. hehehe
* senyum sendiri akak lihat gambar ni.. hehehe..
sup ni berbau harum satu umah... akak masak ikut style orang bisnes tapi orang niaga tu guna daging dan tulang. akak hanya olah sikit bahannya untuk family kecil.. bahan bahan dalam sup ni akak masukkan seketul seketul... walau bawang terus masuk sebiji sebiji.. nampak tu... memang sedap sup ni...
RESEPI SUP AYAM WANGI BERHERBA
adatasi RESIPI BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH
adatasi RESIPI BIHUN SUP LANGKAWI KEDAH
1/2 ekor ayam (potong ketulan kecil)
BAHAN YANG PERLU DIBERSIH SECUKUP BERSIH: * ikut resepi asal bahan ini x perlu dibuang kulit @ dipotong tapi itu untuk quantiti yang banyak dan sesuai untuk makan bihun sup cara orang bisnes tu.. resepinya di sini)
** untuk makan sekeluarga:
2 batang serai *
1 potong lengkuas *
2 potong halia *
3 ulas bawang putih *
1-2 biji bawang besar *
1-2 batang daun leek *
1 batang calery * (akak x stok)
beberapa helai daun pandan - simpulkan *
sedikit gula @ secukup rasa
1 kiub ayam
sedikit lada hitam - blend halus
garam
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga
air secukupnya (ayam mesti tenggelam)
masukkan ayam di dalam periuk dan dikuti dengan air sehingga ayam tenggelam dan hampir 3/4 penuh periuk. masakkan di atas api.
bila sudah mendidih masukkan ke semua bahan yang telah di bersihkan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. biarkanlah ia masak empuk dengan sempurna.
masukkan kiub ayam, gula, pak aji, garam, lada hitam. bolehlah di rasa kuah sup ini. sebatikan rasanya seimbang.
HIASAN / TABUR:
Daging ketulan besar yang telah di rebus empuk - dipotong kiub kecil kecil
daun sup / bawang - } dihiris halus
bawang goreng -}
No comments:
Post a Comment