Monday, November 5, 2012

ALMOND MIX FRUIT CAKE


raya yang lepas akak ada buat kek kurma badam yang sedap sangat... tetamu yang datang pun kata sedap sangat kek tu tapi sayang seribu kali saya.. akak x sempat nak ambil gambar... selesai di jamah semuanya... akak suka buat kek perasa buah ni kerana mr hubby amat suka pada jenis kek ni berbanding kek yang lain seperti kek coklat.. dia x de hati pun nak rasa wp sepotong... kerana kesian.. akak merajinkan diri membuat kek mengikut seleranya.. 
berbalik kisah kek kurma badam tu... memang akak ada simpan sedikit untuk akak ambil gambarnya tapi bila time akak nk possingkan kek tu akak cari cari x jumpa.. bekas pun x jumpa.. bila akak tanya mana baki kek tu.. mr hubby dengan selamba je kata.. dah bawa ke ofis...  huhuhu... melepaslah..
untuk kali ni... puas akak cari buah kurma di kedai (kecuali pasar malam je akak x cari sebab sentiasa hujan sekarang ni..) lastnya akak gantikan dengan mix fruit je.. tapi guna resepi yang sama.. bezanya warna kek mix fruit lebih gelap berbanding kek kurma... ape ape pun...memang layan... sedap tau!

 

akak buat loyang 10X10in jadi akak gandakan resepi ni.. 

ALMOND MIX FRUIT CAKE
resepi asal: KEK KURMA BADAM

Bahan-bahan ( 5 orang )

11/2 cawan kurma tanpa biji (cincang dan rendam dalam 1/4 cawan air panas dan ketepikan biar sejuk. * akak guna mix friut 1 1/2 cawan juga(buat 2 adunan)
180g mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur
11/2 cawan tepung gandum
1/2camt serbuk penaik
1/2 camt baking soda
1/2 cawan serbuk badam
1/2 cawan ceri cincang / choc. chip jika suka ( pilihan) * akak guna 2 pek halwa merah dan hijau -brand tesco


Cara-cara

Griskan acuan 7 in ketepikan
Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
Tambahkan telur sebiji/sebiji kacau rata.
Masukkan tepung sedikit-sedikit Kacau rata.
Masukkan serbuk badam dan kurma bersama air rendaman kacau dengan spatula/ senduk kayu hingga rata
Tuang dalam acuan ratakan dan taburkan di atasnya dengan ceri/ choc chip jika suka.
Bakar 175'C sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

* Jika menggunakan tepung naik sendiri abaikan serbuk penaik dan baking soda*

2 comments:

  1. Kak Norlie..Amy ambil resepi yekk!!! nak cubalah...

    ReplyDelete
  2. amy.. silakan.. jangan peramkan resepi ni hehehe

    ReplyDelete