Thursday, November 8, 2012

SUP EKOR HADYAI


wallaa... sedapnya sup ni x sedar akak makan berulang ulang hehehe.. bukannya ape sejak dua menjak musim ujan ni.. perut asyik lapar jer... makan sup ni juga dapat memanaskan badan...
akak buat sup ni kerana Mr hubby akak demam... akak nk buatkan bubur nasi dia x nak.. berbeza dengan anak anaknya.. jika demam bubur nasilah yang dorang utamakan... untuk menghilangkan rasa payau mulut orang demam jadi akak buatlah sup ekor hadyai ni... ada rasa masam dan pedas sikit sikit.. nampaknya adalah selera sikit Mr hubby menjamu selera...


Resepi Sup Ekor Hadyai

800 g ayam, dipotong sederhana besar ( saya guna 500 g ekor lembu + 300 g  tulang rusuk )
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk

1/2 biji bawang holland - belah 3 (akak letak)
1 bijin bawang putih - ketuk (akak Letak)
sepotong halia - ketuk (akak letak)

2 batang saleri, dikerat2 – ( saya guna daun sup dan daun bawang je… bahan tabur )
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (akak x letak)
1/2 biji karat - hiris nipis (resepi asal tak letak)
5 – 6 cawan air (atau secukupnya)
6 biji cili api - belah x putus
sedikit jus lemon - untuk beri rasa masam (akak letak)
Garam dan gula secukup rasa

(#rempah tumis):
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#

(*dikisar halus):
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*

Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 – 2 minit lagi.
7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja…..

2 comments:

  1. sedapnya sup ekor...peberet adda ngn hubby nih...rasanya nk lesap g umah k.norlie terus nk hirup sup ekor nih..

    ReplyDelete
  2. mai mai.. banyak akak buat ni hehehe

    ReplyDelete