hidangan yang menjadi perhatian juga di meja pengantin. jika kita nak makan bersama keluarga ayam ni bolehlah di belah empat sahaja tapi akak buat untuk hidangan pengantin jadi akak buat sytle ayam golek. kepedasannya terpulang kepada citarasa masing masing tapi biasanya ayam percik jarang ada yang pedas pedaskannnn..
untuk pengetahuan ada 5 hidangan lagi yang terlupa di ambil gambar.... huhuhu
setelah selesai hidangan ni dihias di meja pengantin.. ada beberapa orang datang berjumpa akak termasuklah seorang kawan dari pengusaha catering bertanyakan berapa charges sekiranya mereka nak menempah hidangan di meja pengantin ni... tapi sebenarnya akak keberatan untuk menerima tempahan seperti ni.. akak buat ni pun adalah kerana ia adalah rakan baik akak... dan juga isteri kepada pak Imam surau di tempat akak.. akak hanya suruh dia sediakan bahan bahannya sahaja...
AYAN BERSOS PERCIK
chef Zainab
bahan kisar:
300 g bawang merah
3 ulas bawang putih
30 g halia
20 g kunyit hidup
30 g lengkuas
40 g cili merah (nak pedas boleh tambah)
30 g buah keras
3 sb serbuk jintan putih
3 batang serai
1 ekor ayam (1.5kg) - belah 4
500 g santan segar
1 sb serbuk ayam
5 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak menumis
masukkan santan diikuti ayam, daun limau purut.
masaklah sehingga pekat.
keluarkan ayam dan bakar dalam oven sehingga garing.
baki sos yang di dalam kuali tadi masaklah sehingga hampir pekat.
kemudian hidangkan ayam bersama sos percik tadi
hiaskan ikut selera anda.
No comments:
Post a Comment