Tuesday, December 11, 2012

CENCARU BAKAR SUMBAT


ikut resepi ni.. ia di goreng tapi akak bakar dalam kuali pemanggang yang bertutup trend terkini tu... wangi je ketika dibakar.. 



RESIPI IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT
kek Lapis Serawak Fb

TUMBUK
1 biji bawang besar merah
3 biji cili merah
Sedikit Belacan
Sedikit Halia(sikit aja. Kalau banyak tak sedap)
Sedikit Asam jawa buang biji (sebesar duit 10 sen. Jangan campur air)
garam

3 ekor Ikan kembung yang bersaiz besar * akak guna cencaru - belah belakang
Serbuk Kunyit dan garam
Daun kunyit 3 helai


CARA MEMASAK

1. Ikan kembung di bersihkan dan di belah bahagian belakang dan dilumur dengan sedikit kunyit dan garam
2. Bahan tumbuk di sumbat ke dalam belakang ikan tersebut
3. Balut ikan dengan daun kunyit
4. Panaskan minyak atas kuali yang sedikit leper.

** Pastikan minyak sedikit sahaja ye.. sebab kita bukan nak goreng ikan ini saperti Ikan goreng yang biasa. Setakat nak bagi ikan tidak melekat di kuali dah mencukupi. Sebab tu saya gunakan kuali LEPER .
5. Masukkan ikan dan tutup dengan tudung periuk supaya wangian daun kunyit menyerap ke dalam ikan. Biar ikan masak perlahan-lahan.
6. Balikkan ikan.



1 comment:

  1. sedap jugak tu...sy baru buat minggu lepas...lain skit caranya...sebab memandai-mandai kan...

    ReplyDelete