Wednesday, December 26, 2012

VANILLA CUPCAKES



kek ni sedap gebu dan amat lembut. dari segi bahan bahannya pun x cerewet untuk menyediakannya... mudah di dapati wp buat time kesuntukkan masa... hehehe... bahan bahannya semua ada di dapur kita..

VANILLA CUPCAKES

Bahan-bahan ( 12 cupcakes )

1/2 cawan butter (125g)
1 cawan gula
2 biji telur
3 sudu kecil vanilla extract
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung
2 sudu kecil baking powder


Cara-cara

Panaskan oven kepada 177°C.
Ayak tepung dan baking powder.
Dalam mangkuk lain, pukul butter dengan menggunakan mixer sehingga lembut.
Masukkan gula secara beransur-ansur dan pukul.
Kemudian, pukul telur satu demi satu sehingga sebati.
Masukkan vanilla.
Akhir sekali, masukkan campuran tepung berselang seli dengan susu.
Jangan pukul terlalu lama.
Bakar selama 25-50 minit.
1 cawan=240ml

No comments:

Post a Comment