Friday, January 11, 2013

BROWNIES NOUGAT


tergudaaaa.. sudah melihat Madiha buat... hehehe... tapi akak buat x berapa menjadi kut... madiha cuba komen sikit.. hehehe

BROWNIES NOUGAT
Resepi : Za
Sumber : Ummizaihadi Homesweethome /madiha

Bahan:-

150 ml putih telor
100 gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh ovallete
125 gm tepung gandum
100 ml butter (dicairkan)
1 sudu besar serbuk koko

Topping:-

50 gm butte
25 ml susu pekat manis
almond nib (panggang)

- Pukul butter dengan susu pekat manis dan letak almond nib.


Cara Membuat:-

Pukul putih telor hingga kembang, kemudian masukkan butter, gula halus, cream of tartar, esen vanila dan ovallete. Pukul sebati. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul sebati. Bahagikan adunan kepada dua, 1 bahagian dicampurkan serbuk koko. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan adunan putih dan coklat berselang seli. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus hingga masak.
Setelah diangkat dan sejuk, bolehlah disapu pada permukaan brownies dengan topping. Taburkan badam di atasnya. (selepas membancuh topping, MaDiHaA gaulkan terus badam di dalam toppingnya kemudian barulah disapukan di atas brownies)

5 comments:

  1. berdesup saya dtg nampak brownis nougat ni kak.. hehe...

    sy pun tak pandai nak komen sbb sy pun tak tau mcmana sepatutnya keadaan rupa brownis ni.. hehe.. janji masa mkn sedap.. oklah tu hihi...

    ReplyDelete
  2. sedapnya..bleh la anta ke cheras ni 2-3 ketul..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...terliur d buatnya... Mcm sng jerk xperlu bakar kan?

    ReplyDelete
  4. Ratu hatiku... browniesnya kena bakar , cuma topping tu x perlu...

    ReplyDelete