Thursday, April 4, 2013

EKOBA


 pernah sekali dulu akak beli udang lipan ni.. tapi x tau cara nak membuang kulit udang lipan ni.. dah lebih 10 tahun.. sehinggalah sekarang baru akak beli.. tu pun setelah akak bertanya pada penjual ikan barulah akak dapat tip cara cara membuang kulit udang ni.. penjual tu kata isi udang ni sedap dibuat goreng. oleh kerana anak teringin sangat nak rasa udang lipan ni.. akak carilah resepi yang sesuai untuk dimasak.. terjumpalah resepi ni.. terus teringin nak mencuba.
jika ada yang masih x tau cara nak membuang kulit udang lipan ni..  gunting bahagian ekor dan kepala udang ni hingga putus dan diikuti gunting dibahagian tepi keliling udang ni... kemudian tarik keluar kulitnya.. mudahkan...
orang kata udang ni sedap jika dibuat mee udang lipan dan mee kari tapi akak belum pernah cuba... pernah nampak restoren ni area Parit Buntar Perak.. insyaallah rasa teringin sangat nak mencubanya.. kalau sedap.. nanti boleh buat.. ekekeke..
berbalik dengan resepi ni akak rasa sedap dimakan panas panas.. selesai masak terus dihidang barulah udang ni x lembut salutan tepungnya...

pinjam pak google

EKOBA
Aroma

200 g isi udang lipan - buang kulitnya
100 g tepung ubi
1 kg minyak masak

panaskan minyak masak. 
salutkan isi udang dengan tepung ubi dan goreng sehingga garing. angkat dan toskan.

Bahan A (untuk menumis)

3 hiris halia
2 ulas bawang putih - hiris
5 tangkai cili kering - kerat 1"

Bahan B

1 sudu  cili kisar
1 sudu cili sos
1 sudu sos tiram
1 sudu gula
garam secukupnya

ramuan sayuran:

bunga kobis
brokoli
karat
bawang holland

tumiskan bahan A hingga naik bau.
masukkan bahan B.
Akhir sekali masukkan udang lipan yang telah digoreng dan masukkan juga sayuran. gaul hingga rata.
sedia dihidangkan.

1 comment:

  1. oo ini namanya udang lipan ya...pernah tgk tp xpernah plak beli...

    ReplyDelete