alahai... kembongnya x secantik cucur kembong Kak Noor, Kak Rose dan MaDiHaA... akak ngakulah akak buat secara tergesa gesa.. langsung x cermat.. inilah hasilnya cucur yang seadanya.. ekekeke... x pe la... redho je la... asalkan masih ada kerajinan juga nak cuba wp x berapa sempurna.. (ayat menjaga hati sendiri.. hehehe)
CUCUR KEMBONG / CUCUR MANIS
Resepi : Kak Noor@Sajian Dapur Bonda
Sumber : Kak Rose & MaDiHaA
Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (kak rose guna tpg gandum + 2tsp baking powder ~ MaDiHaA pun ikut sama Kak Rose)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara menyediakannya:
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.
No comments:
Post a Comment