sebenarnya akak baru je pertama kali makan pepahat ni.. rupanya sedap... teringin nak bli lagi tapi di tempat akak ni memang payah betul nak jumpa... bila sesekali jumpa memang akak grap..
SIPUT BAMBO @ PEPAHAT MASAK LEMAK CILI API
1/2 kg siput buluh aka pepahat
bawang merah - ditumbuk
cili api - ditumbuk
sedikit serbuk kunyit@ kunyit hidup
serai - diketuk
daun limau purut - dicarik
santan secukupnya
garam secukup rasa
masakkan dulu bahan tumbuk bersama santan, garam, serbuk kunyit,serai dan masaklah sehingga mendidih.
perlahankan api kemudian masukkan siput buluh dan daun limau purut dan garam kacau perlahan.
kuatkan semula api dan hendaklah sentiasa dikacau perlahan hingga mendidih.
No comments:
Post a Comment